Pengacara, Ira Mohd Amin sering berkongsi mengenai perkembangan terkini tahap kesihatan anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) di Instagram.
Ulcer dalam mulut
Terbaru, Ira berkongsi momen Saif menerima kejutan daripada ahli keluarga yang lain di hospital bersempena ulang tahun kelahirannya pada tahun ini.
Saif sebenarnya tak ada mood. Dia cuba nak gembira semasa hari jadinya. Tapi ulcer dalam mulut buat dia bad mood. Dia lapar tapi tak boleh nak makan sebab sakit bila lalu tekak. Jadi bila dia kena tahan di wad, kami semua kena tukar perancangan. Semua kena bagitahu pasal plan nak buat kejutan dekat dia.
Paling menyentuh perasaan, Saif hanya berpeluang meraikan ulang tahun kelahirannya selama lima minit sahaja sebelum kembali ke wad.
Tambah Ira, Saif menangis semasa berada di dalam wad kerana tidak boleh makan kek hari jadinya itu.
Dia menangis sebab tak boleh telan kek. Dia siap cakap, boleh tak kita sambut birthday lagi sekali selepas Saif keluar dari hospital.
Terdahulu, Ira memberitahu anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi. Bukan itu sahaja, Ira turut berkongsi momen di mana suaminya turut membotakkan kepala sebagai tanda sokongan terhadap Saif.