Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIrma Hasmie Simpan Rapi Kisah Perceraian, Tenang Jalani Kehidupan Dengan Anak-Anak

    Irma Hasmie Simpan Rapi Kisah Perceraian, Tenang Jalani Kehidupan Dengan Anak-Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Irma HasmieIrma Hasmie

    Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie menyatakan dia berada dalam keadaan tenang selepas diduga dengan penceraian bersama bekas suami, Redza Syah Azmeer.

    Tenang

    Irma HasmieIrma Hasmie

    Ketika ditemui , Irma, 42, berkata dia berdamai dengan takdir yang ditetapkan Allah SWT tanpa perlu menjaja kisah peribadi.

    Kata pemilik nama Irma Hasmie Ibrahim, dia ingin mengelak daripada terjadinya pelbagai spekulasi tidak benar.

    Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Untuk waktu sekarang, boleh dikatakan saya okay, Alhamdulillah.

    Perkara itu terlalu peribadi dan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan itu. Saya tak rasa perlu buat apa-apa kenyataan kerana cukup hanya orang terdekat sahaja yang tahu.

    Irma berkata demikan ketika ditemui pada majlis pelancaran BeCalm Cookies di Menara Star, pada pagi Rabu.

    Tambah Irma, berita perceraian yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran menerusi satu hantaran di Instagram Stories sebelum ini juga berlaku di luar kawalan.

    Ia berlaku di luar kawalan saya sebenarnya. Tentulah orang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal tindakannya.

    Mungkin mereka rasa hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

    Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya dengan cara sendiri.

    Dalam pada itu, Irma memaklumkan dua anaknya iaitu Syed Irfha,11, dan Irma Nur Naylie,10, kini berada di bawah jagaannya serta dalam keadaan baik.

    Alhamdulillah, anak-anak okey, Insya-Allah. Saya syukur sangat-sangat mereka baik-baik belaka semuanya.

    Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    ALSO READ:  Kakak Bella Ditahan Polis Sebab Berbuat Live di TikTok – Dia Tidak Dedahkan Muka Seperti Tuduhan

    Terdahulu, media melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir.

    Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Stories pada tanggal 30 April lalu.

    Kemudian, lebih mengukuhkan lagi perkara berkenaan apabila bekas suaminya, mengesahkan telah menjalani proses perceraian pada tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts