Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIrma Hasmie Tegas Dan Tetap Dengan Pendirian Untuk Tutup Rahsia Soal Punca...

    Irma Hasmie Tegas Dan Tetap Dengan Pendirian Untuk Tutup Rahsia Soal Punca Kemelut Rumah Tangga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam zaman digital yang semakin maju ini, media sosial telah menjadi platform popular di mana individu berkongsi berita, pengalaman, dan cerita kehidupan mereka.

    Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang sepatutnya tidak didedahkan di media sosial, terutamanya berkaitan dengan hubungan peribadi seperti masalah dalam rumah tangga.

    Pasangan suami isteri seharusnya berhati-hati dan bijak dalam menggunakan media sosial, terutamanya apabila membincangkan isu-isu sensitif seperti permasalahan dalam rumah tangga.

    Bagaimanapun, dalam masyarakat masa kini, ramai yang cenderung untuk berkongsi segala-galanya di media sosial tanpa memikirkan kesan yang mungkin timbul.

    Banyak yang melihat media sosial sebagai tempat untuk ‘memperlihatkan’ kehidupan mereka tanpa memikirkan kesan daripada pendedahan terlalu banyak maklumat peribadi.

    Sebaliknya, pasangan suami isteri sepatutnya mencari penyelesaian bersama, sama ada melalui perbincangan terbuka, bantuan kaunselor, atau sokongan daripada keluarga dan rakan yang dipercayai.

    Berkenaan hal ini, baru-baru ini, pelakon dan pengacara Irma Hasmie, yang kini berusia 42 tahun, menegaskan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai berita yang mendakwa beliau menghadapi krisis dalam rumah tangga bersama suaminya, Redza Syah Azmeer.

    Irma menegaskan bahawa orang ramai sepatutnya tidak membuat andaian berdasarkan apa sahaja yang dimuat naik dalam media sosial.

    Beliau menyatakan bahawa setiap hantaran atau kandungan yang dipaparkan dalam platform media sosial perlu dilihat dengan bijaksana dan tidak boleh dijadikan penilaian sepenuhnya terhadap kehidupan peribadi seseorang.

    “Saya minta maaf, kalau boleh tak nak komen langsung mengenai isu ini. Saya pilih tidak terlalu berkongsi soal peribadi.

    “Saya pilih sebegitu, jadi saya minta maaf. Kita mudah untuk menilai, jadi saya harapkan apa sahaja hantaran dibuat jangan kaitkan dengan soal peribadi yang difikirkan.

    “Kalau orang fikir mengenai itu, sebenarnya tidak. Sebab saya tak sebutkan secara terus-terang. Mungkin hantaran yang dibuat itu saya cakap mengenai perkara lain.

    “Saya hanya berkongsi dan jangan menilai apa-apa. Saya baik-baik sahaja sekarang,” katanya.

    Tegasnya, dia memilih langkah berkenaan supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan persepsi negatif daripada orang ramai.

    “Saya tak nak komen apa-apa sebab akan menimbulkan lagi pelbagai persepsi negatif orang ramai.

    “Daripada orang tak bercerita, nanti akan jadi buah mulut orang dan banyak berkait dengan perkara lain,” katanya.

    Ditanya mengenai komen negatif yang diterima, Irma berkata, dia enggan ambil peduli, selain menegaskan akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran dalam media sosial.

    ALSO READ:  Jenama Pakaian Fesyen Luar Antarabangsa, CAMEL ACTIVE Kini Dibuka Di Lalaport Bukit Bintang City Centre!

    “Saya akan ambil yang baik sahaja. Saya kena jaga sebab yang nak jalani kehidupan ini adalah diri saya.

    “Jadi, kenapa nak ambil peduli apa orang kata sebab yang menentukan kehidupan kita adalah Allah. Jangan terlalu ambil kira dengan apa orang nak kata.

    “Selepas ini, saya akan sangat berhati-hati dan berfikir dulu sebelum muat naik sebarang hantaran sebab impak bakal diterima tidak boleh dijangka,” katanya.

    Sebelum ini, nama Irma menjadi bualan ramai selepas perkongsian dalam Instagram (IG) yang memberi bayangan mengenai kehidupan rumah tangganya.

    Dalam perkongsian tersebut, Irma memuat naik pesanan kepada suaminya mengenai pengorbanan isteri dalam perkahwinan.

    Irma dan Redza Syah bernikah pada 2012 dan dikurniakan dua anak.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts