Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsa Isarb Bakal Bergelar ‘Daddy’, Umum Isteri Hamil 5 Bulan Lepas Alami...

    Isa Isarb Bakal Bergelar ‘Daddy’, Umum Isteri Hamil 5 Bulan Lepas Alami Keguguran – ‘Dia Bagaikan Cahaya Baru Dalam Hidup Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial dan Youtuber, Isa Isarb berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Lisa Nosra.

    Isteri Isa Isarb hamil

    Isa atau nama lengkapnya Isa Batharul Zaman, berkongsi berita itu menerusi video yang dikongsikan di saluran Youtubenya.

    Isa dan isteri meluahkan rasa syukur atas rezeki zuriat yang dikurniakan Allah SWT buat mereka berdua. Selain akui, kehadiran cahaya mata kali ini bakal memberi sinar baru dalam kehidupan mereka berdua.

    Kehamilan isteri saya ni buat saya kembali bermotivasi, dia bagaikan cahaya baru dalam kehidupan saya.

    Enggan mengulangi kesilapan lalu, Isa memilih untuk merahsiakan dahulu berita kehamilan kali ini. Malah dia juga tidak membenarkan isterinya itu terlibat dalam mana-mana penggambaran video.

    Saya memang rahsiakan Sebab itu kalau korang perasan dalam video saya tiada isteri saya, supaya berita kehamilan isteri saya dirahsiakan.

    Saya ada dengar mengenai penyakit ain dan sebagainya. Jadi, saya tak nak ulang balik kesilapan lalu.

    Sementara menerusi hantaran di TikTok, Lisa meluahkan penghargaan dan bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

    Terima kasih atas kasih sayang, sentiasa ada bersama saya walau apa jua keadaan dan menjaga saya dengan penuh keprihatianan.

    Kepada si kecil yang membesar dalam diriku (anak), saya nak awak tahu awak mempunayi seorang bapa yang sangat hebat.

    Sebelum ini, Isa Isarb pernah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah. Namun, Lisa mengalami keguguran tidak lama selepas itu.

    Untuk rekod, Isa dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 9 Mac lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Merasa Tersentuh Mendengar Ayat Misya: 'Raya Tahun Ini Mencabar, Kena Bahagi Dua'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts