Pempengaruh Youtube, Isa Isarb berkongsi berita sedih memaklumkan isterinya, Lisa Nosra atau nama sebenarnya Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri mengalami keguguran anak sulung mereka.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Isteri Isa Isarb Hamil Selepas Tujuh Hari Nikah, Kongsi Penjelasan Doktor Pasal Bunting Pelamin
Artikel berkaitan: [VIDEO] Rugi Lebih RM500,000, Isa Isarb Batal Program ‘Challenge’ Selepas Dikecam – ‘Salah Tetap Salah, Saya Akan Ambil Pengajaran’
Terlalu awal berkongsi
Menerusi perkongsian di Youtube, Isa dan Lisa akui tidak sepatutnya mereka berkongsi berita kehamilan tersebut terlalu awal.
Saya nak beritahu yang mengandung hari tu dah gugur. Hari tu kami ada beritahu berita mengandung lepas tu sekarang dah gugur tapi tak mengapa kami kuat dan kita akan cuba lagi.
Sebab masa tu tengah teruja baru kahwin tiba-tiba ‘double line’ (mengandung) yey mengandung lepas tu orang mula komen tak boleh beritahu awal-awal, baru kami tahu tak boleh beritahu awal-awal dan lepas tu gugur.
Jadi insya-Allah kali ni kita akan rahsiakan dulu kalau mengandung lagi.
Dalam pada itu, meskipun sedih, Lisa kini belajar daripada kesilapan dan mengambil nasihat orang ramai untuk merahsiakan berita kehamilan terlebih dahulu selepas ini.
Perasaan saya sedihlah tapi itu adalah kesilapan-kesilapan kita disebabkan kita post awal.
Kita akan cuba rahsiakan dan ambil nasihat orang sebab terlalu banyak orang cakap yang kita tak tahu dan tak ada pengalaman tentang perkara itu. Doakan kita berdua.
Terdahulu, pemilik nama Isa Batharul Zaman ini memuat naik video berkongsi berita kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah.
Untuk rekod, Isa dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mac lalu.