Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Islam Ajar Ke Menghina Orang?’- Usahawan Bella Khan Kesal Lihat Ramai Kecam...

    ‘Islam Ajar Ke Menghina Orang?’- Usahawan Bella Khan Kesal Lihat Ramai Kecam Masya Masyitah Buka Tudung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bar-baru ini, penyanyi, Masya Masyitah, telah menghebohkan alam maya kerana penampilan terbaharunya. Jika sebelum ini Masya sering tampil dengan fesyen yang mencetuskan kontroversi, tapi kali ini lebih mengejutkan.

    Masya dilihat tidak lagi mengenakan tudung, malah gaya rambut berwarna seakan imej patung ‘Barbie’ di Instagram peribadinya. Seperti biasa, para ‘haters’ mula menyerang di ruangan komen dan malangnya, lontaran kata-kata negatif netizen tidak mendapat perhatian Masya.

    VIA Instagram Masya Mashitah

    Walaubagaimanapun, beberapa selebriti memberi pujian kepada penampilan terbaru Masya, tak kurang juga yang menegur netizen kerana melebih-lebih memberi teguran. Mana tidaknya, sampai ada yang mengeluarkan kata-kata hinaan dan cacian. Hal ini turut mendapat perhatian selebriti media sosial dan usahawan Bella Khan.

    Di ruangan komen, Bella menegur segelintir netizen yang menegur dengan cara yang salah sehingga tidak tahu beza dosa dan pahala.

    “Nampak nya ramai yang salah faham dengan komen aku sebelum ni. Ni aku jelas kan balik, aku tak backup org buat dosa ke apa sebab aku sendiri pun hamba Allah yang hina penuh dengan dosa. Aku cakap dah tegur dah lah, doa yang baik2.

    JANGAN SAMPAI MENGHINA orang yg buat dosa lain dari kau..tanggungjawab menegur sesama islam dah lepas. Kau nak paksa dia ? How ? Selagi boleh tegur kau tegur, as long kau tidak menghina orang tu, Islam ajar ke menghina org ? Tak kan ? Dia ikut ke tak tu urusan dia. As long as tanggungjawab kau tegur tu dah selesai. At the end of the day hanya diri dia sendiri yang kena jawab dengan ALLAH. Aku menegur org yang menghina dia. Faham tak?”- tulis Bella.

    VIA Instagram

    Terdahulu, juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua 2014 itu teruk dikritik apabila menggayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit pahanya. Tinjauan kami di Instagram Masya, dia juga telah menukar gambar profil tidak bertudung . Kita doakan yang baik-baik aja lah ya…



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts