Semalam, kecoh dengan dakwaan pelawak Along Cham yang mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.
Nafi seleweng
Terbaru, Afreena tampil bersuara menerusi Instagram Story, pada awal Rabu. Berdasarkan hantaran tersebut, Afreena yang baru selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yakin dengan kebenaran akan terbukti.
Selesai buat laporan polis, seleweng RM100,000? Kebenaran akan menang diakhirnya.
Ika kaki scam?
Dalam hantaran lain, Feena memuat naik tangkap layar dengan seorang pengguna yang mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang wanita bernama Ika.
Dakwa individu terbabit, Ika sudah menipu ramai orang termasuk ahli keluarga sendiri.
Sebelum ini, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.
Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.