Isteri kepada pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong iaitu Paula Verhoeven kini tampil mengubah penampilannya dengan mengenakan hijab sejak Mac lalu.
‘Aku takut mati’
View this post on Instagram
Memetik laporan portal Insertlive, Paula mendedahkan sebab utama dirinya mengubah penampilan menjadi lebih baik adalah kerana takut akan kematian.
Sebenarnya, alasan utama saya bertudung ketika ini sangat mudah. Saya takut mati.
Sementara itu, Paula memaklumkan bahawa dia sudah mempunyai keinginan untuk menutup aurat sejak tahun 2019 lagi namun hanya berbuat demikian awal tahun lalu.
Ujar Paula, dia kemudiannya yakin untuk terus mengenakan tudung selepas mencuba menutup aurat selama 40 hari seusai tiba dari mengerjakan ibadah umrah.
Sebenarnya, saya dah teringin untuk menutup aurat pada tahun 2019 tapi Allah tahu waktu yang tepat buat kita sebenarnya.
Tapi kalau boleh putarkan waktu, saya sangat menyesal kerana tak belajar agama dari dulu lagi.
Sekadar info, Paula dan Baim mendirikan rumah tangga pada 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3, dan Kenzo, 2.