Hanya kerana ‘gaji’, seorang isteri tergmak membakar suaminya sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia, dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
Isteri bakar suami
Memetik laporan CNN Indonesia, suspek yang berusia 28 tahun itu berang selepas memeriksa gaji suaminya pada bulan itu hanya berbaki 800,000 rupiah (RM230) sahaja sedangkan jumlah baki sepatutnya adalah 2.8 juta rupiah (RM806).
Suspek kemudian membeli petrol dan mengirimkan gambar tersebut kepada suaminya yang juga merupakan seorang anggota polis. Dia sempat mengugut akan membakar anak-anaknya sekiranya si suami tidak pulang ke rumah.
Setibanya si suami di rumah, berlakunya pertengkaran antara mereka sehingga membuatkan suspek bertindak menggari tangan suaminya pada tangga lipat di garaj rumah mereka di kuarters polis di Desa Miji, Daerah Kranggan, Kota Mojokerto, Indonesia.
Suspek yang hilang kawalan kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum membakarnya. Suspek kini ditahan dan kes masih dalam siasatan polis.