Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Isteri Bersama Suami Yang Mana Di Syurga?”- Pejabat Mufti Ulas Pertanyaan Netizen...

    “Isteri Bersama Suami Yang Mana Di Syurga?”- Pejabat Mufti Ulas Pertanyaan Netizen Selepas BCL Kahwin Lain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak dapat dinafikan bahawa selepas Bunga Citra Lestari (BCL) mengadakan perkahwinan baru-baru ini, warganet tidak melepaskan peluang untuk menyuarakan persoalan mereka.

    “Siapakah yang akan menjadi suami kepada isteri yang memiliki lebih dari satu suami?”

    Disebabkan oleh persoalan ini menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, Pejabat Mufti Wilayah ingin berkongsi jawapan mereka tentang hal tersebut.

    Hadis Yang Mengandungi Persoalan Yang Sama

    Dipetik daripada laman web Pejabat Mufti Wilayah, terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.anha.

    Foto – Liputan 6

    الْمَرْأَةُ مِنَّا تَتَزَوَّجُ الزَّوْجَيْنِ وَالثَّلَاثَةَ وَالْأَرْبَعَةَ، ثُمَّ تَمُوتُ فَتَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَيَدْخُلُونَ مَعَهَا، مَنْ يَكُونُ زَوْجَهَا مِنْهُمْ؟ فَقَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ، إِنَّهَا تُخَيَّرُ، فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا

    Maksud: “Ada wanita daripada kalangan kami berkahwin dua, tiga dan empat kali. Kemudian dia (wanita) meninggal dunia serta dimasukkan ke dalam Syurga dan yang masuk bersamanya adalah para suaminya. Siapakah (daripada kalangan suaminya) yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Maka Nabi SAW bersabda: “Wahai Ummu Salamah, dia (isteri) itu diberi pilihan maka dia akan memilih yang lebih baik akhlaknya.”- Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3141) dan al-Mu’jam al-Akbar (870).

    Imam al-Thabarani menyatakan tidak meriwayatkan hadis ini daripada Hisyam bin Hassan melainkan Sulaiman bin Abi Karimah. Maka ‘Amr bin Hasyim telah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadis ini. [Lihat: al-Mu’jam al-Awsath. 279/3] Tambahan pula, Imam al-Haithami menyatakan salah seorang perawi di dalam sanad hadis ini iaitu Sulaiman bin Abi Karimah dinilai dhaif oleh Abi Hatim dan Ibn ‘Adiy. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 119/7] Selain itu, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadis ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 161/2].

    Foto – Tuturpedia

    Antara riwayat lain yang menceritakan tentang persoalan ini adalah kisah ketika Mu’awiyah bin Abi Sufian yang ingin meminang Ummu al-Darda’ selepas kewafatan Abu al-Darda’.

    ALSO READ:  David Teo Tegur BCL Didakwa Mabuk ‘After Party?’-“Masih Ada Peluang Untuk…”

    أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا، فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا

    Maksud: “Mana-mana wanita yang kematian suami dan dia bernikah lagi selepas itu, maka suaminya di Syurga adalah yang paling akhir dinikahinya.” Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (3130).

    Foto – Bisnis Style

    Manakala terdapat riwayat lain dalam masalah ini; iaitu kisah Ummu Habibah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Ummu Habibah berkata:

    يَا رَسولَ اللهِ الْمَرْأَةُ يَكُونُ لَهَا الزَّوْجَانِ فِي الدُّنْيَا، يَعْنِي يَكُونُ زَوْجًا بَعْدَ زَوْجٍ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فَلِأَيِّهِمَا تَكُونُ؟ قَالَ: لأَحْسَنِهِمَا خُلُقًا

    Maksud: “Wahai Rasulullah! Sekiranya seorang wanita itu mempunyai dua orang suami di dunia; iaitu suami yang dinikahinya selepas pernikahan yang pertama dan kesemua mereka itu memasuki Syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya (di Syurga nanti)? Nabi SAW menjawab: Suami yang akan bersamanya adalah yang paling baik dalam akhlaknya.” [Riwayat al-Bazzar (6631)].

    Jawapan Mufti Pejabat Wilayah 

    Mufti Pejabat Wilayah menyimpulkan bahawa para ulama menyatakan bahawa masalah ini terbahagi kepada beberapa pendapat dan perbezaan pandangan seperti isteri:

    Foto – Liputan 6
    • Bersama dengan suami yang paling baik akhlaknya ketika di dunia
    • Diberi pilihan untuk memilih
    • Bersama suaminya yang terakhir

    Imam al-Suyuthi pula cuba menghimpunkan kesemua riwayat; dengan menyatakan bahawa seorang wanita (isteri) akan bersama suaminya yang terakhir sekiranya kesemua suaminya itu sama pada sudut akhlak. Sekiranya tidak begitu, maka wanita tersebut akan memilih yang paling baik akhlaknya. [Lihat Jami’ al-Saghir, 262/1].

    Wallahua’lam. Semoga bermanfaat!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts