Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Bersuara Selepas Netizen Ini Kritik Isu Remy Ishak Tindik Hidung

    Isteri Bersuara Selepas Netizen Ini Kritik Isu Remy Ishak Tindik Hidung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isteri kepada aktor kacak, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof tampil bersuara selepas terdapat netizen yang memberikan kritikan berhubung penampilan terkini suaminya yang bertindik pada bahagian hidung.

    Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik oleh Ezza menerusi hantaran di Instagram, netizen berkenaan menyifatkan Remy tampil dengan imej bertindik agar dia mendapat publisiti.

    “Mungkin sebab dah makin sendu so bila buat macam ni, baru ada news up pasal dia.”-komen seorang netizen

    “Allah Masih Bagi Rezeki Dekat Kami Tak Pernah Putus…”

    Tidak berdiam diri, Ezza menyatakan bahawa suaminya, Remy Ishak sehingga kini masih diberikan rezeki tawaran berlakon sehingga susah untuk mendapat cuti bekerja.

    “Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja.”-tulis Ezza

    Titip Doa Buat Netizen

    Mengakui suaminya itu bukanlah seorang yang suka berkongsi hantaran di media sosial, Ezza turut menitipkan doa buat netizen yang mengkritik Remy.

    “Bezanya suami saya ni susah nak share di media sosial. Semoga Allah mudahkan urusan adik ya.”

    Remy sebelum ini memberikan kenyataan kepada media tempatan mengenai penampilannya yang bertindik pada bahagian hidung. Jelas Remy, dia sudah tidak kisah terhadap kecaman netizen lebih-lebih lagi status dirinya sebagai seorang bapa.

    Sekadar info, Remy Ishak dan Ezza Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts