Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis memberitahu dia tiada perancangan untuk menggunakan khidmat orang gaji bagi menguruskan anak-anaknya.
Artikel berkaitan: ‘Salah Ke Minta Melutut? Dia Cakap Anak Aku Macam Dajjal, Muka Hisap Batu’ – Isteri Caprice
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lelaki Hina Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf – ‘Baru 23 Perangai Macam Sampah’
Selesa jaga sendiri
Menerusi hantaran di Instagram Story, Farra berkata, dia lebih selesa menjaga bayinya sendiri tanpa bantuan orang luar.
Malah, anak sulungnya, Aleesya Sofea juga sudah pandai menguruskan diri sendiri.
Lebih selesa jaga sendiri, walaupun penat tapi rasa puas hati dapat jaga dan tengok anak membesar depan mata setiap saat.
Lagipun sorang je yang kecik, si kakak dah pandai buat sendiri semua, siap boleh tolong jaga adik lagi.
Dalam pada itu, Farra memberitahu dia masih bertenaga untuk menguruskan keluarga dan merasakan tidak perlu untuk mengupah pembantu rumah.
Insya-Allah selagi mampu kudrat buat apa nak ambil orang gaji kan?
Untuk rekod, Farra Inalis dan Caprice mendirikan rumah tangga pada November 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.
Farra juga mempunyai seorang cahaya mata, Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.