Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Daler Yusuf Terpaksa Jalani Pembedahan ‘Emergency C-Section’-“Doktor Risau Kalau…”

    Isteri Daler Yusuf Terpaksa Jalani Pembedahan ‘Emergency C-Section’-“Doktor Risau Kalau…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan model, Daler Yusuf sebelum ini telah berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Sakinah Burikul yang telah disahkan hamil pada bulan Disember yang lalu.

    Walau bagaimanapun, ujian telah melanda pasangan ini apabila Sakinah mengalami pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Naluri Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

    “Sakinah Ada Bleeding Sikit, Perut Dia Sakit..”

    Daler telah berkongsi sendiri keadaan itu menerusi hantaran di Instagram yang menyatakan bahawa pihak doktor masih melakukan pemeriksaan ke atas kandungan isterinya yang sudah memasuki usia kehamilan 36 minggu.

    “Assalamualaikum semua, pagi tadi isteri saya Sakinah ada bleeding sedikit, dan perutnya sakit. Saat ini kami berada di hospital. Baby baru berumur 36 minggu (due date 14 April). Doktor sedang memeriksa. Mohon doakan baby kami di bulan yang mulia ini.” – tulis Daler di Instagram

    Lihat kiriman ini di Instagram

    Kiriman yang dibagikan oleh Daler Yusuf (@daleryusuf)

    Terpaksa Melalui Pembedahan ‘Emergency C-Section’

    Daler dalam hantaran terkini juga berkongsi mengenai keadaan isterinya yang perlu menjalani pembedahan ‘Emergency C-Section’ kerana doktor risau akan kestabilan bayi jika menunggu lebih lama.

    “Mohon doa untuk bayi kita. Setelah pemeriksaan, doktor menyatakan perlu menjalani emergency C-section kerana bukaan sudah 3cm, kepala bayi masih di atas, dan air ketuban agak kurang.

    Doktor bimbang jika menunggu lebih lama, risiko jantung dan keadaan bayi tidak stabil. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan mohon doa untuk kebaikan dalam bulan Ramadan ini.” – kongsikan Daler

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts