Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Dedah Azlan Komeng Cedera Parah Selepas Terlibat Kemalangan, Bakal Jalani Pembedahan...

    Isteri Dedah Azlan Komeng Cedera Parah Selepas Terlibat Kemalangan, Bakal Jalani Pembedahan Pinggul Patah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Azlan Komeng dan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat lalu.

    Azlan Komeng patah pinggul

    Memetik laporan mStar, kemalangan ngeri tersebut memerlukan Azlan untuk menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

    Menurut Nilam, pembedahan tersebut dilakukan bagi mencantumkan semula kulit tangannya yang terkoyak.

    Kulit tangan suami terkoyak, jadi doktor terpaksa membuang 50 peratus bahagian kulit dan tisu untuk mencantumkan semula saraf dan urat Azlan.

    Alhamdulillah pembedahan berjaya dilakukan semalam (Sabtu) dan keadaannya sekarang stabil.

    Bukan itu sahaja, Azlan juga mengalami kecederaan lain iaitu patah pada bahagian kedua-dua belah kaki dan pinggul.

    Difahamkan, Azlan akan dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, Johor bagi menjalani pembedahan kedua pada bahagian pinggul pada malam ini.

    Trauma tapi syukur suami selamat

    Sementara itu, Nilam yang masih trauma dengan insiden tersebut memaklumkan dirinya bersyukur kerana suaminya terselamat daripada kemalangan itu.

    Ujar Nilam, dia tidak akan melupakan pengorbanan suami yang sanggup melupakan rasa sakit dan menggadaikan nyawa mengeluarkannya dari kenderaan.

    Saya bersyukur keadaan dia semakin stabil, saya datang jumpa dia lepas pembedahan semalam dan Alhamdulillah suami sudah boleh berbual.

    Terpancar kasih sayang dia terhadap saya, sampai terkoyak tangan semata-mata cuba lindung badan saya yang kecil daripada dilanggar.

    Dalam keadaan tangannya berdarah dia mengensot menjerit meminta bantuan tarik saya keluar daripada kereta.

    Terdahulu, Nur Nilam yang mengenakan pakaian hospital memaklumkan dirinya dan Azlan telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

    Menurut Nilam kenderaan yang dipandu Azlan telah bertembung dengan sebuah van ketika mereka dalam perjalanan ke tapak berniaga.

    ALSO READ:  A.Aida Menawarkan Bella Astillah Tiga Kontrak Drama Setelah Ruhainies Meminta Maaf

    Berita mengenai kemalangan yang dialami pasangan suami isteri itu turut dikongsikan rakan selebriti, Sharifah Shahora.

    Posting Sharifah Shahora

    Ā 

    View this post on Instagram

    Ā 

    A post shared by Sharifah Shahora (@sharifahshahora)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts