Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Fizo Omar Kagum Cara Suami Tenangkan Perasaan Marah – ‘Dia Cuba...

    Isteri Fizo Omar Kagum Cara Suami Tenangkan Perasaan Marah – ‘Dia Cuba Perbaiki Emosi Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi cara untuk mengendalikan individu yang sedang marah dan mengalami masalah.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Isu Mak Mentua ‘Downgrade’ Menantu, Isteri Fizo Omar Luah Pendapat – ‘Jangan Biar Orang Lain Tentukan Kebahagiaan’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Patut Semua Orang Dah Tahu, Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun’ – Fizo Omar

    Kagum cara suami tenangkan emosi

    Menerusi perkongsian di TikTok, Fazeera atau lebih mesra disapa Faz mengalami situasi di mana dia tidak dapat menghadiri temu duga kerja gara-gara alat navigasi, Waze tidak berfungsi dengan baik.

    Keadaan tersebut kemudiannya membuatkan Faz sangat beremosi dan bertindak menghubungi suami untuk meluahkan rasa marah tersebut.

    Masa itu saya sangat emosi dan tak rasional rasa macam nak maki-maki, nak marah-marah jadi saya call suami saya mengadu semua perkara. Sangat kacau bila ketika itu.

    Apa yang suami saya buat adalah sangat mengagumkan. Kita sebagai manusia bila mengadu kepada seseorang kita bukan nak orang perbetulkan situasi tetapi kita hanya nak didengari tanpa dihukum.

    Menurutnya, cara suaminya mengendalikan emosinya pada ketika itu sangat berkesan.

    Suami saya ‘validated’ perasaan saya dan dia hargai emosi saya ketika itu. Dia tak cuba untuk memperbetulkan situasi tapi dia cuba perbaiki emosi saya.

    Apa yang dia cakap masa itu ‘ala yeke kesiannya dekat you sayang. Takpe, nanti balik kita sama-sama perbaiki Waze. Nanti you pergi interview tu you bawa je I takpe I teman you’.

    Saya sebagai wanita dengan secara tiba-tiba terlupa dengan apa yang berlaku dan membuatkan emosi saya kacau bilau. Pada saat dia ‘reassure’ emosi saya masa itu, apa yang saya tanggung itu ibarat dah dilepaskan. Dia tenangkan keresahan saya.

    Dalam pada itu, Faz berkongsi perkara tersebut sebagai pengajaran buat orang lain supaya menjadi pendengar yang baik ketika seseorang sedang meluahkan rasa marah.

    Pengajarannya adalah bila orang tengah mengadu dalam keadaan beremosi, tengah meluahkan perasaan biarkan sahaja. Dengar dan memahami situasi tanpa menghukum mereka sebagai seorang manusia.

    Sebab manusia ni emosi memang berubah-ubah jadi masa mereka tengah beremosi mereka tak akan rasional. Bila orang tu dah rasional baru lah you beri nasihat dan pendapat.

    ALSO READ:  Vin Diesel Disaman, Bekas Pembantu Dakwa Lakukan Serangan Seksual Di Set Fast & Furious

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts