Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Fizo Omar Kesal Dengan Doktor Tak Acuh Layan Pesakit, Hanya Diberikan...

    Isteri Fizo Omar Kesal Dengan Doktor Tak Acuh Layan Pesakit, Hanya Diberikan Pil Migrain Selepas 5 Hari Sakit Kepala Yang Teruk?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isteri kepada pelakon kacak, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa kesal terhadap layanan yang diterima ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik yang dikatakan hanya diberikan ubat serta tidak membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.

    Hanya Diberikan Pil Migrain

    Menurut Fazeera menerusi hantaran di Instagram, dia pergi ke sebuah klinik beberapa hari yang lalu untuk memberitahu mengenai masalah kesihatannya yang mengalami sakit kepala yang teruk selama 5 hari, kesukaran untuk tidur, dan menggigil menahan sakit. Namun, dia hanya diberikan pil ‘migrain’ tanpa disoal sebarang simptom dan masalah kesihatan.

    “Dua hari lalu saya ke klinik , di mana saya tidak ditanyakan mengenai masalah kesihatan dan simptom. Doktor hanya memberikan saya pil migrain. Saya memberitahu doktor, saya sudah mengalami sakit kepala yang teruk selama 5 hari, saya sukar untuk tidur, saya menggigil menahan sakit. Doktor hanya merenung saya dan mengatakan, ‘degupan jantung awak laju dan saya akan berikan awak pil migrain’.”-kongsi Fazeera

    Disahkan Positif Influenza

    Akui terpaksa mendapat rawatan di pusat perubatan yang berbeza untuk mengetahui punca masalah kesihatan yang dihidapi, pihak doktor yang kedua mengesahkan bahawa isteri kepada Fizo ini positif Influenza.

    “Saya pergi ke klinik yang dikenali di pekan. Saya menjelaskan segala simptom, dan doktor turut bertanyakan soalan untuk memastikan dia mendapat info yang betul.

    Mengejutkan, saya disahkan positif Influenza. Bayangkan sekiranya saya tidak mengambil inisiatif untuk pergi ke hospital ini dan hanya pulang dengan ‘pil migrain’.”-kesal Fazeera

    Fazeera di akhir hantarannya di Insta Stories, turut menitipkan pesanan buat para pengamal perubatan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat yang sangat memerlukan.

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Fizo Omar Perjelas Sebab Tak Muncul Jadi Hos Rancangan, Kongsi Detik Cemas Alami Serangan…

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts