Isteri kepada pelakon Idzham Ismail iaitu Bella Sudeen kembali bekerja di awan biru selepas anak keduanya sudah memasuki usia empat tahun.
Jadi pramugari semula
Bella atau nama sebenarnya Siti Nur Abilah Shamsudin berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya. Bella turut berkongsi sebuah rakaman video di mana dia dan rakan-rakan yang lain menjalani latihan bersama sebuah syarikat penerbangan sebelum memulakan tugas sebagai pramugari.
Terdahulu, Bella pernah bertugas di Arab Saudi sebelum berhenti kerja dan memberi sepenuh tumpuan terhadap rumah tangga.
Bella dan Idzham mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.