Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Ippo Hafiz Persoal Suami Mahu Berdamai, Dakwa Bermusuh Dengan Keluarga Mentua...

    Isteri Ippo Hafiz Persoal Suami Mahu Berdamai, Dakwa Bermusuh Dengan Keluarga Mentua – ‘Fail Nusyuz Tapi Nak Proses Pendamai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz, Fara Roslan mendedahkan suaminya mahu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai selepas memfailkan tuntutan nusyuz.

    Artikel berkaitan: Luah Rasa Rindu Pada Anak, Isteri ‘Perli’ Kenyataan Ippo Hafidz – ‘Tipu Dosa, Mati Seksa’

    Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Bagitahu Isteri, Anak Kedua Biar Saya Jaga’ – Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Larikan Anak Bongsu

    Ippo Hafiz nak berdamai?

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fara dilihat hadir ke mahkamah ditemani bapanya dan mempersoalkan tindakan Ippo yang didakwa hendak berdamai.

    Dakwa Fara, suaminya itu tidak menghormati kedua ibu bapa dan turut bermusuh dengan keluarganya.

    Terima kasih Papa teman hari ni. Bodyguard sampai mati saya. Nak proses pendamai? Come on bro, dengan mentua sendiri pun tak hormat ada hati nak berdamai. Depan mata pun tak salam mentua.

    Kamu berdamai lah dengan diri sendiri. Masa baik siapa yang layan kamu kalau bukan mak ayah saya. Kamu buat musuh dengan satu keluarga saya jadi macam mana nak berdamai?

    Saya masih ada mak ayah ingat tu! Mak ayah saya dah cukup rasa kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

    Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kakak kepada Ippo yang dikenali sebagai Yazmin tampil mendakwa adiknya itu telah melarikan anak bongsunya daripada pangkuan isteri.

    Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz kemudiannya tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dirinya sudah memaklumkan kepada Fara untuk menjaga anak bongsu mereka manakala anak sulung dibawah jagaan isterinya itu.

    Jelas Ippo, kes melibatkan hak penjagaan anak mereka juga masih lagi berjalan di mahkamah.

    Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    ALSO READ:  [VIDEO] Adira Bebel Dekat Anak Sebab Tak Pandai Kemas Katil, Ayat Terakhir Tu Win! – ‘Kalau Dapat Lelaki Kaya Tak Pe’

    Namun, pada 12 Mac yang lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts