Tindakan isteri kedua kepada pempengaruh Abang Tesla, Nursyafiqa Mohd Hanafi berkongsi menu ketika berpantang telah mencuri perhatian.
Menu pantang
Menerusi hantaran di Instagram Story, dapat dilihat antara menu tersebut adalah nasi putih, ikan goreng, sup sayur, buah kiwi dan secawan air herba.
Pada perkongsian sama, Nursyafiqa turut menulis kapsyen ‘day 7’ yang bermaksud hari ketujuh berpantang selepas melahirkan putera sulungnya.
Terdahulu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, meluahkan rasa terkilan apabila berita kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan dengan isteri kedua, tular dalam media sosial.
Kata Abang Tesla, dia sudah berusaha sehabis baik menyembunyikan berita tersebut demi menjaga hati dan perasaan beberapa pihak.
Sementara itu, isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari menerusi hantaran di Instagram Story meluahkan rasa marah apabila mendakwa telah dihina oleh keluarga madunya.