Nama bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi bualan hangat netizen susulan pendedahan seorang individu mendakwa Serra menjadi orang ketiga dalam rumah tangga sepasang suami isteri.
Isteri naik turun mahkamah nak cerai?
Terbaharu, seorang pengguna di platform X yang menggunakan nama @meinmokhtar berkongsi satu tangkap layar yang dihantar oleh seorang individu kepadanya.
Menerusi tangkap layar tersebut, individu yang tidak mendedahkan identiti itu mendakwa isteri kepada lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Sera itu sedang sibuk menguruskan hal perceraiannya.
Kalau kau tahu dia (Rossa Sera), dia sekarang penyondol. Suami kakak kepada tunang aku. Sekarang ni dia block semua ahli keluarga kakak aku tu sebab nak tutup kesalahan dia. Kasihan kakak aku, dah naik turun mahkamah sebab nak cerai.
Terdahulu, Rossa Sera didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Menerusi pendedahan itu, individu terbabit mendakwa hubungan tersebut berdua masih terjalin meskipun si isteri sudah memberi peluang kepada Sera untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.