Seorang wanita di North Miami Beach, Amerika Syarikat akan berdepan dengan tuduhan serius selepas dia cuba untuk membunuh suaminya.
Terima poskad
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan NBC Miami, wanita tersebut berang selepas mengetahui suaminya menerima poskad daripada bekas teman kekasihnya.
Pihak polis North Miami Beach segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai pergaduhan rumah tangga.
Siasatan awal mendedahkan suspek dan mangsa bergaduh selepas bekas teman wanita suaminya dari 60 tahun lalu menghantar poskad kepadanya.
Suspek didakwa cuba menekup suaminya dengan bantal, malah menggigit dan memukulnya secara fizikal.
Berdasarkan siasatan, mangsa mengalami beberapa kesan lebam serius dan luka di kedua-dua lengan dan perutnya. Bukan itu saja, mangsa juga mempunyai kesan gigitan terbuka yang berdarah.
Disebabkan itu, suspek telah ditahan dan akan menghadapi pertuduhan cubaan membunuh ke atas individu berumur 65 tahun ke atas.