Tindakan isteri kepada pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub memuat naik video di Instagram Story memperlihatkan dia tidak mengenakan tudung telah mencuri perhatian.
‘Free hair’?
Menerusi hantaran itu, Zira yang sedang menikmati minuman dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam di kepala.
Video tersebut juga memperlihatkan rambut Zira yang panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.
Dipercayai, Zira dan Nabil ketika kini sedang berada di luar negara.
Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Naira Mikayla sudah bertudung.
Tuturnya, keputusan anaknya mahu berhijab dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.
Imbas kembali, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya berhijab mendapat pujian ramai.
Sekadar info, Zira dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.