Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Naz Rahman Berang Dengan ‘Geng’ Remaja Lelaki, Didakwa Kurang Ajar Dengan...

    Isteri Naz Rahman Berang Dengan ‘Geng’ Remaja Lelaki, Didakwa Kurang Ajar Dengan Ibu Selepas Ditegur Masuk Koc Wanita

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hanya kerana memberi teguran kerana memasuki koc wanita, ibu mentua kepada pengacara popular iaitu Naz Rahman mendakwa dirinya diganggu dan menerima provokasi daripada sekumpulan remaja lelaki.

    Tegur masuk koc wanita!

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sheahnee Iman Lee (@sheahnee)

    Menerusi perkongsian isteri Naz iaitu Sheahnee Iman Lee di Instagram (IG), dia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan remaja berkenaan yang begitu biadab terhadap ibunya.

    Menurut Sheahnee, ketika kejadian ibunya yang berusia 72 tahun sedang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menuju ke Kuala Lumpur dari stesen Klang.

    Ibu Sheahnee yang berasal dari Australia kemudiannya telah menegur sekumpulan remaja lelaki kerana telah memasuki koc wanita.

    Ibu saya, seorang guru yang sudah berkhidmat selama 40 tahun telah menegur mereka bahawa mereka berada di koc wanita.

    Satu perkara yang sangat jelas untuk dilihat apabila terteranya tulisan ‘Koc Wanita’ di mana-mana sahaja sama ada dalam English atau BM di dalam gerabak berkenaan.

    ‘Mereka jawab dengan biadab’

    Walau bagaimanapun, teguran ibunya itu dibalas dengan biadab oleh sekumpulan remaja tersebut yang berpendapat seolah-olah itu adalah hak mereka untuk berada di koc berkenaan.

    Tapi apa yang budak-budak ini jawab? Mereka dengan biadab menjawab, ‘Kami adalah rakyat Malaysia’ dan ‘Ini adalah negara saya’.

    Bukan itu sahaja, mereka kemudiannya didakwa memanggil beberapa orang lagi rakan untuk berkumpul dan memenuhi ruang koc wanita sehingga mendatangkan kerisauan kepada ibunya dan penumpang yang lain.

    Kepada remaja lelaki yang berada dalam keretapi dengan ibu saya, harap kalian ambil iktibar daripada insiden ini.

    Kalian masih muda dan masih belum terlambat untuk memperbaiki diri.

    Berubahlah anak muda, jadi insan yang lebih baik kerana anda adalah pelapis di negara ini.

    Sementara itu, Sheahnee memaklumkan bahawa pihak KTM sudah pun mengambil maklum mengenai kejadian itu dan berharap agar kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Che Ta Nyanyikan Lagu ‘Birthday’ Buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Raih Perhatian Ramai!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts