Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi momen dirinya melakukan kejutan yang ‘luar biasa’ buat suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Prank suami tarian singa
Siapa sangka, kebiasaannya orang akan membelikan hadiah atau membawa pasangan ke tempat-tempat romantis untuk meraikan pasangan tetapi wanita yang dikenali sebagai, Zirah Jamal memilih kejutan yang sangat ‘rare’ iaitu membawa sekumpulan individu untuk melakukan tarian singa sempena hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami.
Menerusi video yang dikongsikan, si suami yang dikenali sebagai Engku Amin mula mengesyaki sesuatu selepas melihat sebuah lori yang membawa pasukan tarian singa berhenti di restoran yang dikunjungi mereka. Lebih menguatkan lagi sangkaannya apabila sebelum mereka keluar makan, si isteri memintanya memakai baju yang mempunyai gambar singa.
Sehinggalah, pasukan tarian singa itu menuju ke meja makan mereka dan kelihatan lelaki itu agak tersipu malu lebih-lebih lagi, apabila mata para pelanggan yang berada di restoran itu tertumpu ke arah mereka.
Akhirnya dapat juga surprise (prank) suami, tidak susah nak surprisenya. Sebelum tu, tidur pun letak telefon di bawah lantai, risau kantoi rancangan nak prank dia.
Tambah Zirah di ruangan komen, dia telah membayar RM650 selama 30 minit untuk pasukan tarian singa itu.
Video
@kaklongtehais Finally dapat pun buat suprise tidak susah nak suprisenya ? malam semalam tido phone letak bawah batal risau kantoi plan nak prank dgn dia #fyp ? original sound – Zirahjamal