Berkongsi khabar gembira, penyanyi rap, Caprice telah memaklumkan isteri tercinta, Farra Inalis selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Ahad.
Timang Bayi Sulung
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Caprice menerusi hantaran di Instagram yang turut memaparkan dia sedang mendukung bayi sulungnya yang masih belum didedahkan jantina serta nama,
“March 17th, Alhamdulillah Lil Cappy was born. Salam Malaysia, piew piew!.”-tulis Caprice di Instagram
View this post on Instagram
Rakan Selebriti & Netizen Titip Doa!
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat penyanyi rap sekeluarga.
“Alhamdulillah congrats Daddy Cap and mummy ❤❤❤.”-Erra Fazira
“Congrates Cap ❤️❤️.”-Datuk Seri Vida
“Alhamdulillah. Tahniah brother.”-Sufian Suhaimi
“Alhamdulillah tahniah bro. Moga menjadi anak soleh/ solehah.”-Fadzil Zahari
“Alhamdulillah, tabarakallah, semoga membesar dengan jayanya..Aamin.”
“Barakallah, tahniah Caprice dan isteri. Semoga menjadi anak yang soleh. Yang memberkati dan yang diberkati pada ibu bapa, agama, bangsa, dan negara. Aamin.”
“Syukur Alhamdulillah, now you become a daddy cap. Congrats brother.”
“Alhamdulillah, selamat berpantang buat ibu, semoga ibu dan anak sihat selalu, sentiasa dalam lindungan Allah ❤️❤️.”
Sekadar info, Caprice telah berkahwin dengan Farra Inalis Husni yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan pada November 2021. Farra juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya terdahulu, Aleesya Sofea yang berusia 10 tahun