Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Isteri Sengaja Minta Cerai Tanpa Kejahatan Suami, Maka Haram Cium Bau Syurga’...

    ‘Isteri Sengaja Minta Cerai Tanpa Kejahatan Suami, Maka Haram Cium Bau Syurga’ – Ustaz Azhar Idrus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai sebab-sebab yang membolehkan isteri meminta cerai daripada suami.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Soal Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Boleh Ke Tanam Jenazah Jauh Daripada Kubur Lain? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Lima sebab isteri boleh minta cerai

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar menyatakan dalam sebuah hadis, isteri yang sengaja meminta cerai daripada suami kerana hal remeh-temeh adalah berdosa.

    Sebaiknya jangan minta cerai dan jangan minta bermadu. Jangan suruh suami kita nak bermadu. Tiba-tiba dia bermadu juga. Bila bermadu kita minta dengan Allah supaya Allah jadikan suami kita adil dan jadikan diri kita sabar. Itu yang terbaik.

    Dengar baik-baik ada satu hadis ‘mana-mana isteri yang sengaja minta cerai daripada suaminya tanpa kejahatan suaminya, maka haram untuknya mencium bau syurga’.

    Menurutnya, terdapat lima sebab seorang isteri boleh meminta cerai daripada suami.

    Tetapi kalau nak minta cerai yang tak berdosa ada lima sebab. Yang pertama, suami tidak beri nafkah dan abai nafkah. Yang kedua, suami mendera sepak terajang, pecah muka, berdarah hidung. Ada juga suami jenis perangai buruk gitu.

    Yang ketiga suami melarang yang wajib. Dilarangnya tutup aurat, larang sembahyang contohlah. Yang keempat, suami suruh buat yang haram. Suruh ajak macam-macam benda yang mengarut. Yang haram pada syarak.

    Dan yang kelima, suami dipenjara. Kebanyakan Negeri di Malaysia minimal tiga tahun penjara jadi kalau ada salah satu sebab ini kita minta cerai tidak berdosa kerana hak kita kalau lain daripada itu sabarlah.

    Dalam pada itu, Ustaz Azhar berpesan untuk tidak mengambil ringan tentang isu perceraian kerana bimbang tidak diampunkan dosanya.

    ‘Minta cerai benda-benda kecil yang remeh-temeh dan sebagainya takut-takut masuk dalam hadis tadi. Kita bimbang tak cium bau syurga.

    Neraka ni bukan sahaja menyakitkan, dia menghodohkan. Perempuan paling cantik dalam dunia letak dalam api sepuluh minit jadi hodoh. Jangan derhaka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Puteri Sarah Liyana Selesa Jadi ‘Co-Parenting’, Tak Ambil Tahu Isu Pergolakan Rumah Tangga Syamsul Yusof

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts