Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsteri Syukur Arwah Lan Zailan Sempat Jumpa Keluarga & Kenalan Sebelum Meninggal...

    Isteri Syukur Arwah Lan Zailan Sempat Jumpa Keluarga & Kenalan Sebelum Meninggal Dunia – ‘Paru-Parunya Sebelah Sudah Collapse’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada pelakon veteran, Allahyarham Lan Zailan iaitu Ruby Sara Omar akui dirinya berasa sedih dengan pemergian suami tercintanya.

    Walau bagaimanapun, Ruby meluahkan rasa syukur kerana kelima-lima anak serta saudara mara dan kenalam rapat sempat berjumpa dengan arwah Lan sebelum suaminya itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.24 pagi Rabu.

    Keadaan suami sudah kritikal

    Ketika ditemui , Ruby berkata dia sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaan suaminya yang kritikal pagi semalam dan dinasihatkan untuk memanggil semua ahli keluarga dan kenalan.

    Menurut Ruby, antara artis dan kenalan yang sempat berjumpa arwah Lan termasuklah Sheila Mambo, Liza Abdullah dan Anne Abdullah.

    Memang tak sangka tapi semalam dia ada mengadu dia penat sebab paru-parunya sebelah sudah ‘collapse’ jadi bernafas agak sukar.

    Dia taknak tebuk lagi, jadi tak lama selepas itu dua doktor panggil saya berjumpa, dia terangkan keadaan suami saya agak kritikal dan saya kena panggil ahli keluarga terdekat untuk berjumpa dengannya.

    Pagi semalam kami semua berkumpul dan berjumpa dengannya, anak-anak semua datang dan rakan artis pun ramai yang datang tengok keadaan dia yang tak berapa bagus.

    Ruby berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Masjid As-Salam, Puchong Perdana pada Rabu.

    Lan terkejut ramai melawat

    Dalam pada itu, Ruby berkongsi bahawa arwah suaminya agak terkejut melihat ramai kenalan rapat yang datang melawatnya semalam.

    Bila semua datang pun dia masih tunjukkan dia kuat. Memang ramai ahli keluarga dan rakannya yang datang tapi kami hadkan yang datang melawat itu tapi satu masa. Malah dia juga sempat membuat panggilan video dengan Ebby Yus semalam.

    Alhamdulillah anak-anak semua sempat berjumpa sehingga nafas terakhirnya dan kami semua pun sempat minta maaf. Dia juga minta maaf sekiranya ada kawan-kawan yang berkecil hati dengannya.

    Terdahulu, Lan Zailan atau nama sebenarnya Zailan Kamarudin disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

    ALSO READ:  Shah Iskandar Bersyukur Kerana Masih Relevan & Menerima Tawaran Berlakon – 'Syukurlah, Peluang Berlakon Masih Berterusan'

    Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya hari ini.

    Sebelumnya, Lan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.

    Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts