Sekadar gambar hiasan
Kepercayaan dalam sebuah hubungan pastinya penting bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Namun, lain pula kisah kali ini apabila si isteri menemui beberapa perbualan suami bersama wanita lain di dalam telefon bimbit.
‘Kita beria sayang dia’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, seorang isteri meluahkan rasa kecewa apabila kepercayaannya terhadap suami dikhianati.
Suami dah meninggal dan sepanjang dia hidup, saya tak pernah periksa telefon dia.
Sekarang boleh tengok dan saya jumpa banyak chat dengan perempuan lain.
Entah lah nak marah atau buat tak tahu, sebab suami pun dah tiada.
Ujarnya, si suami tidak pernah berkelakuan mencurigakan sepanjang meraka hidup bersama.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan situasi yang dihadapi si isteri. Selain itu, terdapat juga warganet yang berkongsi kisah yang sama.