Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIstiadat Perkahwinan Tengku Muhammad & Tengku Natasya Bermula 22 Oktober Ini Di...

    Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad & Tengku Natasya Bermula 22 Oktober Ini Di Istana Abdulaziz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadual bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada 22 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

    Istiadat Perkahwinan Diraja

    Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi Kesultanan Pahang, putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Oktober 2024 di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.

    Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.

    Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober 2024 dan Istiadat Persandingan Diraja pada 27 Oktober 2024.

    Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober 2024. Semua istiadat ini akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada 8 malam.

    Istiadat disiarkan secara langsung

    Difahamkan, tiga istiadat termasuk akad nikah, berinai dan persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.

    Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.

    Istiadat Perkahwinan Diraja itu adalah yang kedua tahun ini selepas adinda Tengku Muhammad iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Remaja 17 Tahun Pecah Masuk Rumah, Cabul Isteri Orang Tengah Nyenyak Tidur
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts