Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsu Anak Kecil Ketuk Kepala Jemaah, Fedtri Yahya Beri Amaran Usah Pentingkan...

    Isu Anak Kecil Ketuk Kepala Jemaah, Fedtri Yahya Beri Amaran Usah Pentingkan Diri Bawak Anak Ke Masjid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Personaliti terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya, telah memberikan amaran kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke masjid untuk menunaikan ibadah agar peka terhadap tahap kenakalan anak mereka.

    Ahmad Fedtri menegaskan bahawa kurangnya pengawasan terhadap anak-anak ini boleh menyebabkan gangguan kepada jemaah lain dan mengganggu suasana untuk beribadah.

    Melalui hantaran video di Instagram (IG), beliau menyatakan kebimbangan berkenaan dengan beberapa rakaman video yang tular memperlihatkan gelagat anak-anak yang mengganggu ketenangan jemaah semasa ibadah di masjid atau surau.

    “Memang kita hendak bawa anak bersolat tarawih secara jemaah, tetapi, ibu bapa tak boleh pentingkan diri.

    “Kita khusyuk beribadat dengan tenang, tetapi anak kecil yang ditinggalkan di belakang, seperti video tular, mengetuk kepala orang dan memanjat badan jemaah lain.

    “Mungkin si kecil kenal orang itu, tetapi, bayangkan kalau dia buat pada orang lain? Jadi, ibu bapa yang hendak bawa anak-anak pergi berjemaah, kena tahu, tahap kenakalan anak sampai ke peringkat mana,” katanya.

    Ahmad Fedtri menekankan perlunya ibu bapa mempertimbangkan tahap kebisingan dan kenakalan anak-anak semasa di masjid. Beliau menyatakan bahawa kadang-kadang bukan hanya anak-anak yang lebih kecil yang membuat kebisingan, malah anak-anak yang lebih besar juga turut terlibat.

    “Barangkali kena latih dan disiplinkan dulu anak sebelum bawa berjemaah. Atau duduk di barisan akhir yang tidak mengganggu,” katanya.

    Ahmad Fedtri menyarankan bahawa jika ibu bapa tidak mampu mengawal anak-anak mereka dengan baik di masjid atau surau, lebih baik mereka solat di rumah atau menjaga anak secara bergilir-gilir demi menjaga keharmonian dalam kalangan jemaah.

    “Kita hendak jaga kerukunan dan keharmonian. Takut hilang sabar hingga dia ‘cepuk’ anak kita sampai jadi kes lain pula.

    “Tujuan kita solat jemaah untuk dapatkan harmoni, ketenangan dan kedamaian. Tetapi disebabkan anak, kita bergaduh dan bermasam muka pula serta timbul isu tidak sepatutnya,” katanya.

    Kenyataan Ahmad Fedtri ini memberi pengingat kepada semua ibu bapa tentang pentingnya menjaga kesusilaan dan ketenteraman dalam tempat ibadah, serta memastikan anak-anak diberi latihan dan pendidikan yang betul untuk menghormati dan menghargai persekitaran beribadah.

    ALSO READ:  [Aksi Video] Arieff Yong Meluahkan Perasaan Cintanya Kepada Kekasih Sepanyol Di Pawagam – ‘I Love You’
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts