Baru-baru ini, pelakon, model dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa berang terhadap servis yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian yang terletak di Shah Alam yang didakwa tidak membenarkannya membawa masuk kanak-kanak sewaktu memilih pakaian.
Anak Sedang Tidur Sebelum Diarah Keluar Dari Butik
Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyida Amirol Melvin menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menceritakan bahawa anak perempuannya yang berusia 4 tahun ketika itu sedang tidur di atas sofa di dalam butik itu sebelum pemilik butik mengarah untuk membawa keluar anaknya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Difahamkan, Syida bersama Syafiqa dan Melveena datang ke butik berkenaan adalah untuk menyewa pakaian untuk majlis makan malam perniagaan kosmetik mereka.
“Aku tak faham kedai ni, aku nak sewa baju. Boss dia call terus suruh keluar anak aku letak luar budak tak boleh masuk. Tak lpgik langsung! Korang nilai sendiri lah macam mana aku punya menyirap 🔥🔥🔥.
Walaupun ini macam free marketing untuk kedai ni, tapi cara korang berniaga memang kurang ajar. Umpama tolak rezeki dan biadab”-berang Syida
Dalam pada itu, adik beradik The Melvins, Syafiqa, Syatilla, Syifa, serta Melveena menerusi Insta Stories masing-masing turut ‘mengamuk’ dengan adab serta layanan yang diberikan oleh butik berkenaan.
Selain itu, pihak butik terlibat memberikan kenyataan di Instagram mereka, menjelaskan bahawa peraturan tidak membenarkan kanak-kanak memasuki butik mereka telah berkuatkuasa sejak Januari 2022 bagi keselesaan pelangaan.
Tambahnya, pihak terlibat turut menitipkan harapan agar tiada pertikaian pihak lain mengenai kenapa dan mengapa peraturan sedemikian ditetapkan.
Apa komen anda?