Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIsu Budaya Kerja “Gomen”, Edika Yusof Bersetuju, Netizen Minta Pihak Atasan Buat...

    Isu Budaya Kerja “Gomen”, Edika Yusof Bersetuju, Netizen Minta Pihak Atasan Buat Tinjauan Mengejut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, terdapat satu artikel yang mendedahkan seorang individu meluahkan perasaannya yang kurang berpuas hati dengan persekitaran kerjanya sehingga nekad untuk kembali ke tempat kerja lama.

    Menyenaraikan Kelemahan

    via The Wall Street Jurnal

    Menurut individu berkenaan, dia merupakan seorang penjawat awam yang baru pulang ke Malaysia selepas mendapat tawaran untuk berkhidmat di sektor kerajaan.

    Individu tersebut turut menyenaraikan beberapa kelemahan yang diperhatikannya sepanjang enam bulan berkhidmat di tempat kerja barunya itu.

    Pertamanya selalu hilang, tengah hari ambil anak, pukul 4 petang dah tak nak buat kerja, jika ‘minta tolong’ kerja dalam skop kerjanya selalu nantilah, nantilah. WhatsApp tak reply dan call tak angkat.

    Saya ada minta balik kerja dengan tempat kerja lama di luar negara tersebut dan dah dapat. Saya nak pergi balik sebab rasa tak boleh nak adapt dengan culture tersebut.

    Tulis individu tersebut, pekerja yang bekerja di sektor awam selalu hilang, tengahri pulang ambil anak dari sekolah dan pada jam 4 petang sudah mula untuk tidak mahu melakukan kerja.

    Edika Yusof Turut Bersetuju

    via Mstar

    Dia juga menyatakan tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak, cuma hendak memaklumkan situasi kenapa dia tidak lagi mahu bekerja dalam sektor awam.

    Maaf saya tak ada niat nak burukkan mana-mana pihak. Cuma nak menjelaskan situasi jika ada yang salah faham kenapa nak berhenti kerja kerajaan

    Melihat diruangan komen, pelakon Edika Yusof juga turut bersetuju dengan kenyataan yang telah dikeluarkan.

    Malah hampir semua netizen bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh pemuda ini.

    Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan walaupun tidak semua berkelakuan sedemikian, tetapi budaya seperti ini seharusnya tidak wujud dalam pekerjaan.

    Netizen juga meminta supaya pihak atasan ataupun yang bertanggungjawab untuk turun secara mengejut untuk melihat sendiri situasi yang sebenar sekaligus dapat membetulkan kembali budaya ini.

    ALSO READ:  Hannah Delisha Wajah Pelaris, Dilantik Jadi Duta Produk Kecantikan

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts