Kegemparan melanda seluruh dunia apabila individu tidak bertanggungjawab mencipta foto AI Taylor Swift yang mempunyai unsur lucah.
Melakukan Penyekatan
Kejadian ini telah menarik perhatian seluruh dunia, dan platform media sosial terkemuka, iaitu aplikasi X, telah mengumumkan bahawa mereka telah melakukan penyekatan terhadap carian “Taylor Swift”.
Penyekatan ini bertujuan untuk mencegah gambar tersebut daripada tersebar luas tanpa pengawasan di media sosial.
Carian nama Taylor Swift pada Ahad di platform media sosial, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, menghasilkan mesej ralat, “Sesuatu telah berlaku. Cuba muat semula.” X telah mengambil tindakan sementara tersebut.
White House Turut Memberikan Amaran
Larangan carian tersebut dilaksanakan selepas White House menyatakan bahawa imej palsu itu “membimbangkan” dan menyeru syarikat media sosial untuk mencegah penyebaran maklumat yang tidak benar.
X baru-baru ini telah mengaktifkan semula carian Taylor Swift selepas menjalankan penyekatan pengguna dari mencarinya.
Pencarian Diaktifkan Semula
Menurut ketua operasi X, Joe Benarroch, carian telah diaktifkan semula dan X akan terus memantau sebarang percubaan untuk menyebarkan kandungan tersebut dan akan mengalih keluarnya sekiranya menjumpainya.
Sejak miliarder Elon Musk membeli Twitter pada 2022, dia telah menghadapi kritikan kerana memaparkan kandungan yang berkontroversi.
Hal ini menyebabkan ramai pengiklan di platform tersebut menarik balik iklan mereka kerana bimbang dikaitkan dengan kandungan berbahaya.