Baru-baru ini, tular mengenai isu pelakon, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mendatangkan kecederaan pada dirinya.
Terbaharu, tampil mendapatkan pendapat pelakon, mengenai isu ini selepas dirinya terlibat dengan sebuah drama yang berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga.
Kena berani bersuara!
Ketika ditemui , Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, seseorang wanita itu perlu berani untuk bersuara sekiranya merasakan diri mereka terlibat dengan isu melibatkan keganasan dalam rumah tangga.
Saya rasa apabila kita berada dalam situasi itu, benda yang paling penting sebagai seorang perempuan ialah kita kena tahu limit kita.
Kita kena tahu bila waktunya untuk ‘say yes’ dan ‘say no’ bergantung pada situasi yang berlaku.
Tapi kalau dah sampai memudaratkan diri sendiri, kita kena bersuara dan pertahankan diri.
Jangan takut untuk bersuara dengan apa yang berlaku sebab kalau dah berlakunya keganasan dalam rumah tangga, perkara itu pasti akan melibatkan nyawa.
Mimi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama ‘Andai Tiada Dia’ yang diadakan di Dash Box Hotel, Cyberjaya pada Khamis.
Tak rasa takut untuk kahwin
Walau bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Perempuan Itu’ memaklumkan isu keganasan rumah tangga tidak membuatkan dirinya berasa takut untuk berkahwin.
Ujar Mimi, setiap perhubungan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.
Tak adalah saya rasa takut nak kahwin sebab lain hubungan lain caranya kan?
Saya berdoa bila saya berkahwin satu hari nanti mudah-mudahan Allah permudahkan dan tidak berlakunya perkara seperti itu.
Sementara itu, pelakon berusia 29 hanya menjawab ringkas selepas ditanyakan mengenai perancangan untuk berumah tangga.
Kalau ada perancangan untuk berkahwin saya akan bagitahu.