Selepas teruk mendapat kecaman kerana memuatnaik satu video di TikTok, memberikan kritikan terhadap kediaman mewah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang kelihatan murah walaupun menggunakan perabot dan hiasan yang mahal.
“Kami Tidak Pernah Berniat Untuk….”
Pereka hiasan dalaman yang dikenali sebagai Filla Studio tampil memberikan kenyatan rasmi di TikTok selepas dihubungi pihak Aliff yang mahukan penjelasan serta membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam berhubung video tular itu.
“Saya Filla Ismail telah dihubungi sendiri oleh wakil Iden3 berkenaan video tersebut mahukan penjelasan dan permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dari tarikh DM tersebut dihantar.
Saya ingin menjelaskan bahawa video berkenaan adalah bertujuan semata-mata untuk tujuan illustrasi dan tidak bermaksud untuk diambil sebagai factual statements,
Kami tidak pernah berniat untuk mengkritik atau membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap sesiapa sahaja termasuk Dato’ Sri Aliff Syukri atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan perkara itu..”-jelas Fila
Tampil Mohon Maaf
Dalam pada itu, pihak Filla turut membuat permohonan maaf serta menurunkan (take down) video tersebut untuk menghentikan sebarang maklumat yang mengelirukan.
“Atas semangat profesionalisme dan rasa hormat kepada rakan pengamal industri yang sama, kami mahu memohon maaf kepada anda sekiranya pendapat atau komen kami dalam video tersebut telah menyebabkan sebarang kesulitan kepada Dato’ Sri Aliff Syukri atau yang mengenali secara peribadi.
Kami juga take down video tersebut sebaik sahaja kami menerima DM, untuk mengekalkan profesionalisme dan menghentikan sebarang maklumat yang mengelirukan daripada merebak.”-kenyataan Filla
Apa komen anda?