Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Itu Bukan Kerja Saya!’ – Fauziah Nawi Tidak Bertanggungjawab Ajar Bakat Baru,...

    ‘Itu Bukan Kerja Saya!’ – Fauziah Nawi Tidak Bertanggungjawab Ajar Bakat Baru, Kongsi Tips Kekal Relevan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon senior, Datuk Fauziah Nawi berpendapat dia tidak bertanggungjawab untuk mengajar bakat-bakat baru dalam dunia lakonan.

    Artikel berkaitan: Pernah Berdepan Situasi Seram & Miliki Kebolehan Lihat Makhluk Ghaib, Fauziah Nawi Tolak Watak Hantu

    Artikel berkaitan: Fauziah Nawi Syukur Terima Tajaan Umrah Daripada Yayasan Milik Siti Nurhaliza – ‘Tapi Saya Menolak Dengan Rendah Diri’

    ‘Itu bukan kerja saya!’

    Menerusi temu bual bersama Kool 101, Fauziah berkata, dia tidak akan sewenang-wenangnya memberi ilmu kepada mereka yang tidak bertanya.

    Malah di set penggambaran, peranannya hanya sebagai pelakon dan mengikut arahan daripada pengarah.

    Mereka datang kelas tak apalah, awak kena bayarlah. Kalau dekat set, saya tak peduli.

    Kenapa perlu saya buat begitu? Sebab awak sama-sama dengan saya sign kontrak kita sama-sama profesional. Melainkan kalau awak tanya saya akan beritahu. Saya tak akan memandai-mandai.

    Saya ikut cakap pengarah. Kalau saya nak ada sebarang perubahan saya akan cakap ‘what do you think kalau benda ni saya rasa benda ni begini begini’.

    Tak ada ‘oh sebab orang lama awak kena ajar’ tidak! Itu bukan kerja saya! Saya dapat gaji sama dengan dia malah kadang-kadang dia lebih banyak daripada saya. Kenapa saya perlu bertanggungjawab untuk menjaga dia?

    Mengulas lebih lanjut, Fauziah berpesan untuk menjadi seorang pelakon, seseorang perlu mempunyai inisiatif untuk belajar.

    Awak nak masuk dalam gelanggang ini, awak kena ada ilmu. Awak kena belajarlah. Saya cakap macam ni nanti orang marah saya tapi itulah hakikatnya.

    Saya belajar saya pergi cari lagi (ilmu) sampai sekarang. Saya tak pernah berhenti belajar. Bila saya mengajar orang lain, saya juga belajar daripada subjek dan kelas tersebut.

    Dalam pada itu, dia juga berkongsi tips untuk kekal relevan di dalam industri seni ini adalah dengan sentiasa meningkatkan kualiti lakonannya.

    Kita kena selalu buat penilaian, kena tambah nilai dengan apa yang kita ada. Orang pun menyampah ‘dah lah Fauziah Nawi tu dah tua, lepas itu lakonannya tetap begitu dia masih lagi di situ’ siapa nak tengok?

    Dan sekarang bukan senang untuk ada naskah-naskah untuk orang seperti kami.

    ALSO READ:  [VIDEO] Azira Shafinaz Perjelas Isu Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ – ‘Saya Rasa Ramai Yang Salah Tafsir’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts