Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIzam EYE Bertahan Demi Keluarga, Syukur Masih Dapat Tawaran Buat Persembahan –...

    Izam EYE Bertahan Demi Keluarga, Syukur Masih Dapat Tawaran Buat Persembahan – ‘Seminggu Boleh Dapat RM5k’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Vokalis kumpulan EYE yang dikenali sebagai Izam meluahkan rasa syukur kerana masih menerima undangan untuk melakukan persembahan meskipun dirinya kini berdepan dengan masalah kesihatan.

    Syukur masih dapat tawaran

    Ketika ditemui , Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad berkata, dia juga berasa sangat bersyukur kerana bayaran yang ditawarkan juga masih setimpal mengikut kadar ‘rate’ semasanya sebagai seorang penyanyi.

    Alhamdulillah ada masanya dalam seminggu boleh dapat empat ke lima tawaran persembahan dan kebiasaannya rate saya tiga lagu dalam RM5,000 ke RM6,000.

    Penganjur masih mengikut ‘rate’ diberikan dan kalau tiada persembahan biasanya saya hanya berehat di rumah.

    Izam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa.

    Dalam pada itu, pelantun yang popular menerusi lagu ‘Izinkan Selamanya Namamu Dihati’ ini memaklumkan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyara keluarganya dengan kudrat yang ada meskipun mempunyai masalah kesihatan yang membimbangkan.

    Ini cara saya tanggung keluarga. Saya ada dua isteri, tujuh orang anak. Jadi, ada dua buah rumah perlu dibayar setiap bulan.

    Tanggungan saya besar, takkan saya nak harap sumbangan orang sahaja. Masa saya sakit hari tu takpalah. Sekarang saya dah boleh bergerak.

    Selagi saya berdaya, saya boleh bergerak dan menyanyi walaupun tidak berkemampuan seperti dulu. Tapi bolehlah sekadar untuk saya mencari rezeki.

    Selain Izam, antara selebriti yang menerima bantuan tempoh hari termasuklah Isma Aliff, Dwan dari kumpulan Olan, Allahyarham Jaafar Onn dan bapa kepada arwah penyanyi Along Spoon yang dikenali sebagai Pak Engku.

    ALSO READ:  Tiada Lagi Masalah Gigi Sensitif, Sensodyne Jemput Korang Ke KJH Terengganu Ogos Ini!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts