Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIzara Aishah Belanja Sipi-Sipi Wajah Bayi Kedua, Netizen Teruja!-“Si Comel Putih Seperti…”

    Izara Aishah Belanja Sipi-Sipi Wajah Bayi Kedua, Netizen Teruja!-“Si Comel Putih Seperti…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui pelakon jelita, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Oktober 2023. Khabar gembira itu disahkan oleh suaminya, Adib Khalid yang sedang memangku bayi perempuan yang baru dilahirkan sambil diperhatikan oleh puteri sulung mereka, Irisa Alaia.

    Baru-baru ini, walaupun masih belum mengumumkan nama serta wajah penuh, Izara menerusi hantaran di Instagram telah memuatnaik foto bayi perempuannya itu.

    “Sayang ma ♥️.”-kapsyen ringkas Izara di Instagram

    “Cantik Macam Mommy Dia Jugak..”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat wajah comel anak kedua Izara biarpun hanya dari pandangan sisi sahaja, malah ada yang turut berpendapat wajah bayi kedua ini mirip seperti kakaknya, Irisa Alaia.

    Sekadar info, Izara Aishah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017 selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

    Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia.

    Sama-sama kita doakan agar cahaya mata yang dilahirkan membesar menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya..Aaamin..

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts