Pelakon, Izara Aishah tampil membidas komen salah seorang netizen di media sosial yang mempersoalkan isu rakyat Palestin yang cedera diterbangkan ke Malaysia untuk diberikan rawatan.
Menerusi ciapan di X, netizen berkenaan menyifatkan rakyat Malaysia ‘mudah terharu’ serta bersikap hipokrit.
“Orang Malaysia bila benda macam ni mudah terharu la sampai berair mata laa. Tapi bila kita minta hak pelarian untuk akses kepada kemudahan asas manusiawi seperti kerja dan pendidikan, korang melenting.
Hipokrit, nasionalisme adalah barah.”-ciapan seorang netizen di X
“Dia Datang Untuk Dirawat Je Lah…”
Tidak berdiam diri, Izara dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menegaskan bahawa rakyat Palestin yang terlibat datang ke Malaysia hanya untuk dirawat sahaja.
“Ingat Palestinian nak sangat ke jadi rakyat Malaysia. Dia datang untuk dirawat je lah. Berair mata sebeb babies kena penggal kepala kat sana hari-hari.
Dia seronok tengok negara Malaysia, negara yang selama ni selalu tolong. Mesti lah kita terharu.
Diorang ni susah nak tinggalkan negara diorang. Al-Aqsa kat situ, bukan Masjid Jamek. Alah alah.”-balas Izara di X
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong kenyataan Izara, malah ada yang berpendapat rakyat Palestin hanya keluar sebentar untuk mendapatkan rawatan disebabkan kesemua hospital di Gaza telah lumpuh disebabkan pengeboman rejim Zionis.
“Setuju. Diorang datang untuk terima rawatan je bukan nak kerakyatan pun. Hospital kat Mesir dah overload sebab perang tak stop lagi.”
“Betul. Rakyat Palestin takkan lari. Diorang cuma keluar sekejap je untuk dapatkan rawatan, dekat sana hospital dah lumpuh semua, takde satu pun functioning hospital dekat sana. Pelajar Palestin dekat sini pun diorang teringin nak balik sana, walaupun dengan bom keliling.”
Apa komen anda?