Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIzara Aishah Difitnah Pergi Ke Kelab Malam Selepas Berhijrah, Individu Tampil Mohon...

    Izara Aishah Difitnah Pergi Ke Kelab Malam Selepas Berhijrah, Individu Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, nama pelakon Izara Aishah telah menjadi tular di aplikasi X apabila terdapat seorang individu mendakwa Izara Aishah telah pergi ke kelab malam.

    Memberikan Gambaran Tidak Baik

    via X Izara Aishah

    Individu tersebut cuba memberi gambaran tidak baik apabila mendakwa dia ke sebuah kelab malam apabila terdapat seorang pengguna lain memuji kecantikan dan penghijrahan Izara.

    Tapi… Izara… Kyo… Cerita tahun lepas la tapi,.

    Atas kejadian tersebut, pelakon Izara Aishah tampil membersihkan namanya selepas difitnah individu tersebut yang mendakwa dia berkunjung ke kelab malam walaupun sudah berhijab.

    Izara Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar

    via X Izara Aishah

    Izara berkata, fitnah yang disebarkan itu boleh menjejaskan nama baiknya sekali gus perlu tampil menjelaskan perkara sebenar.

    Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana fitnah itu boleh mencemarkan nama baik saya.

    Gambar ini adalah pada tahun lepas ketika pelancaran restoran Kikyo (restoran Jepun). Waktu itu saya sedang hamil lapan bulan.

    Dakwaan ini adalah fitnah dan saya sudah ‘screenshot’, tak perlu padam.

    Tampil Mohon Maaf

    Disebabkan kejadian tersebut, individu yang memfitnah itu tampil memohon maaf secara terbuka atas ketelanjuran kata-kata yang dibuat.

    Hi Izara, saya ingin memohon maaf secara terbuka mengenai ciapan sebelum ini yang dibuat pada 19 Mac 2024.

    Saya tidak pernah berniat untuk memfitnah atau merosakkan reputasi anda dalam apa cara sekali pun.

    Kenyataan itu dibuat tanpa saya sedar sepenuhnya mengenai majlis pelancaran itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf.

    Individu tersebut juga memaklumkan bahawa kenyataan yang dibuat tersebut tanpa disedari sepenuhnya mengenai majlis pelancaran yang telah berlangsung itu.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts