Selepas lima tahun berehat dari industri, pelakon Izara Aishah memberitahu dia bakal membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah drama tidak lama lagi.
Kembali berlakon
Izara atau nama lengkap Izara Aishah Hisham, 32, berkata, dia sedikit gemuruh untuk kembali berlakon.
Kongsinya, drama berkenaan bakal ditayangkan pada bulan Ramadan 2025.
Lima tahun saya berhenti berlakon, perasaan sedikit risau nak mulakan semula. Rasa macam dah tak reti berlakon.
Penggambaran akan berjalan dalam bulan ini (November), dah nak mula dah pun.
Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula (berseloroh).
Izara berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Ada Fattah Amin
Dalam pada itu, Izara memberitahu antara barisan pelakon yang terlibat sama dalam drama berkenaan adalah Fattah Amin, Amir Ahnaf dan Puteri Balqis.
Hero drama itu Amir Ahnaf. Saya dan Fattah Amin sebagai co-heroin dan co-hero. Fattah Amin sebagai abang ipar saya dalam itu.
Fattah adik-beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama itu.