Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIzara Aishah Rancang Anak Ketiga Lagi Dua Tahun, Dedah Perangai Anak Kedua...

    Izara Aishah Rancang Anak Ketiga Lagi Dua Tahun, Dedah Perangai Anak Kedua ‘Buas’ – ‘Rasanya Ikut Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan usahawan, Izara Aishah tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga.

    Artikel berkaitan: Izara Aishah Dituduh Ke Kelab Malam Selepas Berhijrah, Individu Tampil Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Tak Berniat Nak Fitnah’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Izara Aishah & Adib Khalid Timang ‘Baby Girl’ Kedua

    Rancang anak ketiga

    Menerusi perkongsian di TikTok, Izara berkata, dia merancang untuk memiliki anak ketiga dalam masa dua tahun lagi.

    Lagi dua tahun, Insya-Allah tengok macam mana sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat menyokong. Itu yang menyenangkan saya.

    Menurut Izara, 31, dia masih menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dan isteri malah pada masa sama menguruskan perniagaannya.

    Tugas seorang ibu ni bukan senang sebab saya ada perniagaan, saya pentingkan suami dan anak-anak. Saya masih tengah menyesuaikan diri dengan semua ini.

    Tipu kata tak penat. Kita tak cukup tidur, baby pun baru lahir. Jadi kena hadapi sahaja keadaan tersebut. Alhamdulillah kalau kita buat semua itu dengan sabar pasti dapat banyak ganjaran. Saya tak pernah merungut, saya berasa sangat gembira.

    Berkongsi tentang karenah anak-anaknya, anak pertama dan anak keduanya masing-masing mempunyai karakter yang berbeza.

    Sangat rapat. Dia (Irisa) tak cemburu langsung dan sangat protective dengan adik dia. Nombor satu sensitif sangat-sangat dan lembut, yang kedua buas betul!

    Lain sangat dua-dua. Saya nak menyesuaikan diri tu terkejut sekejap. Yang ikut Izara rasanya nombor dua, nombor satu ikut bapa.

    Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 4, dan Amara Amina yang kini berusia 10 bulan.

    ALSO READ:  Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts