Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 15, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIzara Aishah Tak Mampu Tahan Emosi, Berang Dengan Kes Bunuh Zulfarhan –...

    Izara Aishah Tak Mampu Tahan Emosi, Berang Dengan Kes Bunuh Zulfarhan – ‘Banyak Duit Tapi B*d*h, Syirik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pembunuhan kejam Allahyarham Zulfarhan menjadi tumpuan segenap masyarakat ketika ini termasuk selebriti tempatan yang rata-rata mengecam perbuatan buli sehingga tergadai nyawa.

    Izara luah rasa

    Menerusi ciapan di platform X, pelakon jelita Izara Aishah berang dengan pelaku yang didakwa menyebabkan kematian mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.

    Banyak duit tapi bodoh, syirik, hilang maruah, habis duit.

    Tak lama lagi mati, bila mati kena seksa sampai dapat minta maaf dekat Zulfarhan.

    Kenyataan tersebut ditulis Izara sebagai respon terhadap ciapan seorang pengguna platform berkenaan tentang peguam berprofil tinggi yang dipercayai menjadi wakil salah seorang pelaku.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan kenyataan Izara dan tidak menyangka dia akan selantang itu namun tetap bersetuju dengannya.

    Terkejut buka posting Izara marah, tapi memang layak sangat dibodohkan mereka ni.

    Tahu tak apa, macam mana budak muda kaya pula tu percaya benda syirik. Terang-terang menipu.

    Betul Izara! Garang lagi saya setuju.

    Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

    Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

    Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

    Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

    ALSO READ:  Zara Zya Pesan Jaga Ikhtilat – ‘Jangan Terlalu Buka Ruang Bermesra Atas Niat Sekadar Berkawan’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts