Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ai Wahida tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya yang tidak lagi mengenakan niqab atau purdah.
Tanggal niqab
Menerusi perkongsian di TikTok, Wahida atau mesra dengan sapaan Wawa berkata dia mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.
Jelasnya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat keizinan daripada suami.
Semua sahabat yang dikasihi. Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas semua komen dan DM di IG mahupun TikTok.
Ramai persoalkan mengapa saya buka purdah. Insya-Allah, semua yang saya lakukan pasti ada sebabnya dan juga sudah mendapat izin dan reda suami semestinya.
Jangan risau, insya-Allah saya akan tetap di jalan ini. Akan sentiasa menjaga aurat dengan baik dan sempurna serta tidak bertabarruj (memakai makeup dan sebagainya).
Dalam masa sama, Wawa meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuknya.
Buat yang sama, saya sedang berjuang, moga kita berjaya dunia dan akhirat. Mohon doakan yang terbaik buat Saya. Moga Allah reda atas setiap perkara yang kita lakukan.
Netizen faham
Sementara itu, segelintir wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama yang mana terpaksa menanggalkan purdah atas sebab tertentu.
Dalam pada itu, segelintir netizen mengatakan pemakaian purdah bukanlah satu kewajipan untuk golongan wanita beragama Islam.