Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIzzue Islam Beraya Di Selangor, Kelantan & Johor – ‘Jauh Sikit Perjalanan...

    Izzue Islam Beraya Di Selangor, Kelantan & Johor – ‘Jauh Sikit Perjalanan Kali Ni’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, pelakon dan pengacara Izzue Islam mengakui raya mengejut pada musim PKP masih segar dalam ingatannya dan isteri.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Tak Kalau Kita Mati Sama-Sama?’ – Izzue Islam

    Artikel berkaitan: ‘Saya & Awin Tiada Sebarang Masalah Kesihatan, Cuma Belum Ada Rezeki Anak’

    Raya tiga Negeri

    Menurut Izzue, pada waktu tersebut dia dan isteri, Awin Nurin kelam kabut kemas rumah dan masak juadah hari raya.

    Saya dan isteri tak boleh lupa momen raya mengejut. Sebab masa tu kami suami isteri sibuk berniaga. Nasib baju raya dah siap awal-awal. Cuma, rumah belum kemas dan makanan untuk masak sempena hari raya tak disediakan lagi. Bila tiba-tiba raya, memang kelam kabut lain macam.

    Disoal mengenai persiapan hari raya tahun ini, Izzue berkata, semuanya berjalan dengan lancar. Mereka menyediakan semua kelengkapan lebih awal bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

    Persiapan untuk raya tahun ni Alhamdulillah semua okay. Semua dah siap awal sebab tak nak kalut macam tahun sebelum ni.  Baju raya kami lebih kurang lima pasang. Kami akan beraya di tiga Negeri iaitu Selangor, Kelantan dan Johor. Jauh sikit perjalanan kali ni.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Izzue mengenai perbezaan hari raya dahulu dan sekarang. Ujar Izzue, terdapat beberapa perbezaan yang ketara jika ingin dibandingkan.

    Beza memang banyak. Zaman dahulu kita kutip duit raya. Zaman sekarang kita yang bagi duit raya. Bagi Izzue, raya dahulu dengan sekarang sama sahaja, sebab raya tetap raya. Bezanya dari sudut peredaran zaman serta teknologi. Contohnya, kalau dulu kita ada kad raya. Sekarang dah tiada lagi orang nak pos kad raya. Semua pakai digital kad raya sahaja.

    ALSO READ:  Mahu Bantu Pelajar B40, KFC Malaysia Tawar Biasiswa Lanjutkan Pelajaran Ke Universiti

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts