Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJaafar Onn Komen Pelawak BBNU Tak Macam Dulu,-“Sekarang Ni Kutuk Orang Jerr…”

    Jaafar Onn Komen Pelawak BBNU Tak Macam Dulu,-“Sekarang Ni Kutuk Orang Jerr…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dunia seni hiburan khususnya bidang lakonan dan komedi memainkan peranan penting dalam memberikan kebahagiaan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat situasi para pelawak bertembung dengan sempadan moral dan etika.

    Baru-baru ini, pelawak terkenal pada era 90an, Jaafar Onn memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam dunia seni hiburan bahawa tidak membuat jenaka untuk mengguris hati orang lain.

    “Kebanyakan pelawak baharu tak sama macam dulu. Sekarang ni, kutuk orang jer, maki orang, hina orang. Saya nak pesan, kalau melawak janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Kita buat lawak kena guna otak dan penuh adab ketika berkata-kata. Jangan bahan orang atas pentas sebab ia boleh mengguriskan hati sesetengah pihak”

    Jaafar Onn yang terkenal menerusi sitkom Cili Padi ini menekankan kepentingan bergurau dengan bijak. Walaupun artis kemedi mempunyai kebebasan kreatif untuk meluahkan idea mereka, mereka tetap perlu ingat bahawa melawak tidak boleh memudaratkan atau menyakiti perasaan orang lain. Amaran ini adalah selaras dengan semangat mewujudkan persekitaran hiburan yang positif dan menyokong.

    ” Kalau nak melawak untuk membahan orang pun kena ada caranya. Penggunaan bahasa itu penting dalam menjaga adab, tidak dengan mengutuk ‘direct’”- katanya kepada MURAI MY

    Jaafar ditemui semasa Majlis Pelancaran dan Perkenalan duta jenama makanan AHAD oleh Nozoly Food Industry,  yang diadakan di Senawan, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jenama AHAD ialah syarikat Ready To Eat terbaru yang memfokuskan kepada produk berkualiti tinggi dan halal. Mereka  juga fokus pada produk yang sesuai untuk sesiapa yang sering mengembara ke luar negara, mencari produk segar yang tiada MSG, boleh dimakan on the spot.

    Menurut Jaafar, selepas 50 tahun dia tidak menjadi mana-mana duta produk makanan, kali ini dia menerima tawaran dari AHAD dengan hati terbuka.

    “Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengan AHAD adalah ini merupakan produk orang Melayu. Di mana mereka mengeluarkan produk yang tidak perlu diragui lagi. Sedangkan kita sebelum ini sering terpedaya dengan produk-produk dari jenama asing yang meletakkan logo halal tetapi terdapat juga yang tidak halal”-ujarnya

    PRODUK AHAD Dijamin Halal dan Mudah Disediakan

    View this post on Instagram

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts