Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Jaafar Onn Nampak Down Selepas Arwah Rohana Jalil Meninggal Dunia, Mereka Sangat...

    ‘Jaafar Onn Nampak Down Selepas Arwah Rohana Jalil Meninggal Dunia, Mereka Sangat Rapat’ – Salwa Abdul Rahman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkongsi momen terakhir dengan Allahyarham Jaafar Onn ketika mereka bersama-sama melakukan persembahan di Plaza Masalam, Shah Alam, pada Sabtu lalu.

    Tidak ceria seperti selalu

    Menurut Salwa, naluri dia sudah dapat berasakan Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang akan pergi meninggalkannya selepas melihat tingkah laku arwah tidak ceria seperti selalu.

    Kenangan terakhir dengan arwah pada Sabtu lalu kami buat persembahan bersama-sama di Plaza Masalam, Shah Alam. Saya sudah beritahu dia tak perlu datang, tetapi dia mahu juga datang dan menyanyi dengan saya.

    Tetapi pada hari itu saya lihat dia tidak seperti selalu, nampak sangat lain. Dia tidak menyanyi dan berborak macam sebelum ini. Daripada situ saya macam agak abang Jaafar dah tak lama, jika dilihat daripada penyakit yang dihidapi.

    Salwa berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, pada Rabu.

    Dalam pada itu, Salwa turut mendedahkan sikap arwah yang suka bersedekah dan memberi makanan kepada anak-anak yatim.

    Dia ada cakap dekat saya semoga sambutan hari raya tahun ini akan lebih bergembira lagi. Ada juga mengajak dia datang ke rumah malam raya nanti, sebab kalau dia nak balik Muar macam jauh. Dia jawab insya-Allah.

    Arwah suka bersedekah dan bagi makan dekat anak-anak yatim. Kalau siapa kenal dia, arwah memang pentingkan bab makanan, malah dengan saya pun dia selalu tanya dah makan ke belum.

    Sementara itu, disoal mengenai hubungan arwah dengan anak kandungnya, Salwa memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana menganggap hal itu terlalu peribadi.

    Fasal anak dia itu sangat personal. Walaupun saya rapat dengan arwah tetapi tentang anak dan keluarga saya tidak mahu tanya kerana saya anggap itu perkara yang privasi dan personal. Namun saya tahu dia sering berhubung dengan anaknya.

    Melanjutkan bicara, Salwa berkata dia merasakan arwah seperti sudah hilang semangat selepas pemergian beberapa rakan selebriti seperti Rohana Jalil.

    Kehilangan beberapa rakan selebriti yang pergi meninggalkan saya sangat memberi kesan. Mungkin arwah rasa down selepas Rohana Jalil meninggal dunia. Sebab umum tahu arwah sangat rapat dengan arwah Rohana.

    Nampak sangat semangat dia dah berkurang. Memang dia tidak beritahu, tetapi saya sebagai kawan nampak semangat dia hilang selepas Rohana meninggal.

    Untuk info, jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

    ALSO READ:  ‘Muslimah Pun Ada High Class?’ – Fasha Sandha Bidas Ustazah Tegur Wanita Buat Trend ‘Alamak Raya’

    Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.33 pagi Rabu.

    Kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts