Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJackie Chan ‘Berbisa’ Dalam Filem ‘A Legend’, ‘Berani Mati’ Dengan Aksi Seni...

    Jackie Chan ‘Berbisa’ Dalam Filem ‘A Legend’, ‘Berani Mati’ Dengan Aksi Seni Bela

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    BeFunky-collage JACKIEBeFunky-collage JACKIE

    Bintang legenda dari Hong Kong, Jackie Chan yang cukup terkenal dengan aksi dan seni bela diri memukau, membuktikan dirinya masih kekal relevan pada usia 70 tahun apabila kembali menggegarkan industri filem menerusi naskhah terbaharu berjudul A Legend.

    Masih berbisa

    Movie_A Legend6Movie_A Legend6

    Bakal memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, sekuel filem The Myth yang diterbitkan pada 2005 itu menyaksikan karya ‘berani mati’ daripada Jackie Chan apabila menampilkan aksi seni bela diri lebih mencabar dan menarik untuk ditonton.

    Bukan itu sahaja, unsur pengembaraan dan fantasi yang diselitkan dalam filem A Legend dilihat berpotensi menjadi antara naskhah terbaik tahun ini disebabkan kelainan ditampilkan berbanding filem aksi lain.

    Jika dibandingkan dengan beberapa filem aksi lain yang pernah dijayakan Jackie Chan, A Legend juga tidak boleh dinafikan kehebatannya apabila menampilkan sisi berbeza aktor tersohor yang sudah enam dekad membawa diri dalam industri perfileman itu.

    Teruja tengok ‘trailer’

    Movie_A Legend_Poster_1_1Movie_A Legend_Poster_1_1

    Rata-rata penonton di negara itu memuji naskhah berkenaan selepas terpukau dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) diketengahkan yang menjadikan wajah Jackie Chan kelihatan lebih muda berbanding usia sebenarnya.

    Kehangatan filem A Legend terus dirasai apabila penonton tempatan menyatakan rasa tidak sabar untuk menontonya sebaik terpukau dengan trailer yang dimuat naik di media sosial.

    A Legend yang mendapat sentuhan magis daripada pengarah The Myth iaitu Stanley Tong berkisar Profesor Fang lakonan Jackie Chan iaitu seorang pakar arkeologi, menyedari bahawa tekstur pada artifak yang ditemui oleh pelajarnya semasa ekspedisi Glasier sangat mirip dengan loket jed yang pernah dilihat dalam mimpinya.

    Loket itu menghubungkan alam mimpi dengan realiti. Dengan penuh rasa ingin tahu, Profesor Fang mengetuai pasukan penyelidik dalam perjalanan jauh ke Kuil Glasier, untuk mencari kebenaran di sebalik impiannya. Mereka memulakan pengembaraan hebat bersama-sama.

    ALSO READ:  Pernah Jadi Rakan Sebilik, Jason Priestley Dedah Rahsia ‘Kotor’ Brad Pitt

    Filem berbahasa Kantonis dan Mandarin itu juga membariskan pelakon handalan lain seperti Lay Zhang, Na Zha, Aarif Lee, Li Chen, Peng Xiaoran serta Zheng Yecheng yang menjadikan naskhah itu lebih memberi impak dalam pelbagai aspek.

    Sudah ditayangkan secara rasmi di China pada 12 Julai lalu, filem A Legend meraih pelbagai maklum balas positif daripada penonton yang terpukau dengan aksi serta lakonan ditampilkam Jackie Chan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts