Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJackie Chan Enggan Guna ‘Stuntman’ Di Usia Sudah 70 Tahun, Pengsan Ketika...

    Jackie Chan Enggan Guna ‘Stuntman’ Di Usia Sudah 70 Tahun, Pengsan Ketika Buat Aksi Lagak Ngeri Dalam Filem Panda Plan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Jackie ChanJackie Chan

    Pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan mendedahkan dia pernah jatuh pengsan di set penggambaran filem Panda Plan ketika melakukan aksi lagak ngeri.

    Pengsan di set penggambaran

    Jackie ChanJackie Chan

    Jackie, 70, berkata, ketika kejadian berlaku, wajahnya kelihatan kosong dan seperti tidak menyedari apa yang sedang terjadi.

    Tiba-tiba saya berasa lemah dan nak rebah. Kemudian kru terus berlari ke arah saya untuk memastikan saya selamat.

    Saya seperti tidak sedar dan bertanya pada mereka ‘apa dah jadi?’. Apabila diberitahu saya pengsan, rasa macam tak percaya pula dan menganggap mungkin itu berlaku kerana saya menahan nafas ketika melakukan aksi tersebut.

    Bagaimanapun, Jackie berkeras menyatakan dia dalam keadaan baik tetapi memerlukan bantuan untuk bangun.

    Bukan masalah besar, saya perlu meyakinkan semua orang bahawa saya baik-baik saja. Jika tidak, mereka akan menggunakan pelagak ngeri menggantikan saya.

    Jika saya hanya duduk di tepi sambil melihat pihak produksi menggunakan pelagak ngeri saya akan berasa sangat bersalah!

    Tak mahu guna stuntman

    Jackie ChanJackie Chan

    Meskipun sudah menginjak usia 70 tahun, Jackie masih lagi aktif melakukan sendiri aksi berbahaya tanpa bantuan pelakon pengganti atau ‘stuntman’.

    Menerusi filem Panda Plan, terdapat juga adegan aksi lain di mana Jackie menunggang motosikal berkuasa tinggi menembusi tingkap.

    Semasa penggambaran, motosikal tersebut hilang kawalan dan aktor itu tercampak sejauh beberapa meter, namun dia menenangkan krew dengan menyatakan tidak perlu berasa risau.

    Saya cakap kepada krew tak perlu risau, cuma kecederaan kecil, saya benar-benar okay.

    Kemudian, menerusi salah satu adegan lain, Jackie perlu melompat dari lantai ke atas kotak kayu besar sebelum melompat ke tingkat dua sebuah bangunan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sophia Albarakbah Cuba Kuatkan Diri Demi Kerjaya, Mengaku Masih Kena Buli Di Media Sosial

    Walaupun kelihatan mudah, aksi itu masih mencabar untuk Jackie yang sudah berusia 70 tahun. Keberanian Jackie membuatkan seluruh krew terharu dengan dedikasi dan profesionalismenya.

    Panda Plan

    Jackie ChanJackie Chan

    Selain Jackie Chan, Panda Plan juga menampilkan panda Hu Hu sebagai bintang utama. Dengan mata yang unik, Hu Hu menambah daya tarikan tersendiri kepada karakternya.

    Dalam rakaman yang didedahkan, kelebihan Hu Hu seperti memeluk kaki pelakon pasti akan menambat hati penonton.

    Filem ini mengisahkan bintang kung fu, Jackie Chan (dilakonkan oleh Jackie) diundang untuk menjaga anak panda popular, Hu Hu.

    Namun, Hu Hu menjadi sasaran organisasi jenayah antarabangsa. Jackie Chan terpaksa bekerjasama dengan pengurusnya, David (lakonan Wei Xiang) dan penjaga panda, Su Xiaozhu (lakinan Shi Ce) membentuk satu pasukan untuk menyelamatkan “Khazanah” tersebut dalam satu operasi penyelamatan antarabangsa.

    Panda Plan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 10 Oktober lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts