Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJaclyn Victor Ada Sebab Pilih Lagu ‘Bole Chudiyan & Tunak Tunak Tun’...

    Jaclyn Victor Ada Sebab Pilih Lagu ‘Bole Chudiyan & Tunak Tunak Tun’ Sebagai Lagu Penutup ‘First Solo Concert 2024’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Jaclyn Victor memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih lagu Bollywood sebagai lagu penutup untuk konsert solonya yang pertama.

    Mahu big party untuk penutup

    Menerusi temu bual bersama , pelantun suara ‘Wajah’ ini berkata, sebenarnya dia tidak pandai menari dan membuat suara halus seperti penyanyi Bollywood. Oleh sebab itu, dia mengambil cabaran untuk melakukan perkara tersebut.

    Banyak lagu yang kena potong. Takkan saya nak menyanyi sahaja dan tak cakap. Dari segi keseluruhan pemilihan lagu, saya dan pasukan yang pilih. Kalau nak dengar semua lagu saya, sampai esok pagi pun tak habis konsert ini.

    Mengenai lagu Bole Chudiyan pula, kalau korang ingat semasa All Stars Gegar Vaganza saya dapat lagu tu. Pihak produksi bagi cabaran dekat saya manakala, saya tak pandai menari dan buat suara halus. Perasaan saya jadi teruja nak buat semula untuk konsert ini. Bagi pendapat saya, peminat suka dan persembahan itu menjadi. Lagipun, saya mahu sesuatu yang besar untuk penutup konsert solo ini.

    Tambah Jac, perasaan risau turut membelenggu dirinya sebelum melakukan konsert. Ini kerana, lagu-lagunya semua bernada tinggi.

    Saya akui risau sebab lagu saya semua tinggi ke langit. Saya tak nak hampakan peminat. Saya nak beri key original kalau boleh. Sudah 20 tahun saya dalam industri, sudah pasti saya mahu memberikan yang terbaik. Semangat daripada peminat buat saya jadi kuat. Apabila dah selesai konsert, saya rasa sangat lega.

    Disoal mengenai kejutan bakal melancarkan album baharu pada hujung bulan ini, Jac memberitahu semuanya berlaku sekelip mata.

    Dua hari sebelum konsert, genap 20 tahun saya menang Malaysia Idol. Tuhan sangat mengetahui dan beri yang terbaik buat saya. Segala proses dan urusan untuk saya merakamkan lagu di New York dipermudahkan. Album ini dia macam moden tetapi identitinya masih kekal saya.

    Saya akan keluarkan lagu Gemilang versi Bahasa Inggeris. Dalam album tersebut akan ada 10 lagu.

    Terima kasih semua!

    Diusik pula mengenai perancangan untuk 3 Suara di masa hadapan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui peminat masih menantikan sesuatu daripadanya, Shila Amzah dan Ning Baizura.

    Macam nak konsert 3 Suara. Semua lagu best. Saya rasa sayang dengan album tu. Peminat nak kami menyanyi lagu ‘Semua Isi Hatimu’. Mungkin kami akan buat showcase nanti ataupun keluarkan album. Doakan.

    Jac yang ditemui selepas konsert solonya di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lalu, turut meluahkan rasa gembira apabila kesemua ahli keluarganya turut hadir.

    Ini pertama kali semua ahli keluarga saya turun untuk tengok saya menyanyi. Anak-anak pun ada. Cuma, mak saya tak dapat datang sebab dia tak boleh dengar bunyi muzik yang kuat.

    Anak saudara saya berusia 11 tahun senyum sepanjang saya menyanyi. Saya dapat lihat dari atas pentas wajah teruja dia.

    Di akhir temu bual, Jac berterima kasih kepada semua yang sudi hadir ke konsert solonya itu. Meskipun cuaca tidak begitu baik pada hari tersebut, Jac gembira apabila dapat melihat wajah-wajah kesayangannya semua.

    ALSO READ:  Rancangan Perkahwinan Tyra Kamaruzzaman Bersama Pereka Fesyen, Pilihan Teemor Sebagai 'Wedding Planner'

    Sekadar info, Jac telah menyampaikan lebih daripada 24 buah lagu pada malam itu. Selain 3 Suara, Jac turut menjemput Hael Husaini dan Siti Nordiana sebagai artis undangan untuk konsertnya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts